Apr 07, 2016 - 10

[PERADUAN] Menangi! 27x Etude House Berry Delicious Colour In Liquid Lips_Juicy Bernilai RM200 Setiap Satu

Ayuh InTrenders! Jangan lepaskan peluang menangi gincu daripada Etude House yang bernilai...

ETUDE-POASTER.jpg

BIBIR MUNGIL BERGINCU ‘BERRY’ 

ETUDE HOUSE, jenama kecantikan terkemuka dari Korea meraikan kehadiran Musim Bunga 2016 dengan trend solekan yang trendy, lebih manis dan lebih ceria buat barisan wanita hebat di Malaysia. Dan tahukah anda, langkah yang paling mudah untuk wanita tampil cantik adalah dengan mengoleskan gincu pada ulas bibirnya? Ya, maka dengan itu, kemunculan koleksi Berry Delicious in Liquid Lips_Juicy dapat mengubah penampilan wanita dalam sekelip mata. Olesan gincu yang diperkaya dengan lembapan ini bertindak memelihara kulit bibir sekali gus mengelakkannya daripada kering atau mengelupas. Malah, warnanya juga memberikan efek berkilau yang tahan lama, jadi anda tidak perlu mengulang pakai banyak kali gincu ini dalam sehari. Gincu ini turut diperkaya dengan ekstrak ‘berry’ seperti strawberi dan raspberry bagi menebarkan nuansa feminin sesuai buat wanita tanpa mengira usia. Koleksi Berry Delicious in Liquid Lips_Juicy menawarkan 10 warna yang menarik daripada ilham rona bunga, justeru pilih satu yang cocok sama dirimu. 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  EtudeHouse