Aug 17, 2017 - 3723
AYUH, NIKMATI SUPERFOOD SUPREME!
KEPERLUAN untuk pemakanan seimbang diperlukan oleh setiap orang walaupun anda berada dalam keadaaan kesihatan yang terbaik. Dengan pengambilan Kinohimitsu Superfood Supreme setiap hari, kini InTrenders boleh menikmati setiap pergerakan anda tanpa berasa risau. Kenapa? Kerana minuman ini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan agar tubuh kekal sihat sepanjang hari.
Gabungan bahan-bahan terpilih seperti beras perang yang membantu sistem penghadaman dan melancarkan pergerakan usus, isolated pea protein (sumber protein untuk meningkatkan kekuatan otot dan membentuk lekuk tubuh), ekstrak manggis (baik untuk kesihatan sendi dan meredakan keradangan), biji bijan hitam (baik untuk kesihatan rambut dan mengawal tekanan darah), Calcium-fortified (baik untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat juga baik untuk sistem kardiovaskular).
Selain itu, minuman ini juga bebas daripada lemak trans, kolesterol dan laktosa. Campurkan dua camca besar Superfood Supreme dengan 150 – 200 mililiter air sejuk ataupun air suam, amalkan minum setiap hari agar kesihatan kalian berada pada tahap terbaik. Ayuh, minum Superfood Supreme hari ini!