Oct 13, 2016 - 266

Menang! 25x Hamper SilkyGirl Exotic Flowers EDT Bernilai RM205 Setiap Satu

Rebut peluang menangi hamper daripada SilkyGirl Exotic Flowers EDT.

 

 

 

SEHARUM SETAMAN BUNGA 

Aroma bunga yang mempesonakan menjadikannya antara bahan utama dalam pembikinan minyak wangi jenama SILKYGIRL. Terdahulu, rangkaian SILKYGIRL Exotic Flowers EDT sudah pun menebarkan tiga aroma wangian yang tidak akan InTrenders lupakan yakni Bulgarian Rose, French Sunflower dan Egyptian Lily. Kini tiba giliran varian terbaru daripada rangkaian minyak wangi ini iaitu SILKYGIRL Arabian Iris EDT (Baru). 

Sebaik disemburkan, minyak wangi ini menebarkan bau yang mengasyikkan lantas membawa kita terawang-awang ke dunia Arab bagaikan melewati taman bunga yang dipenuhi jambangan Iris. Not atas wangian ini ditebari aroma bunga magnolia dan violet, manakala not hati dibintiki bau casis berry, tembikai dan oren. Kombinasi amber dan vanila menyudahi not dasar wangian ini. 

Ya, ada tips untuk mengekalkan aroma minyak wangi ini agar tahan lama – sebaik wangian disemburkan ke titik nadi, elakkan daripada menggosok ataupun mengelapnya. Sebaliknya biarkan minyak wangi mengering dengan sendirinya dan menyatu dengan udara persekitaran agar aromanya lebih menyerlah. Selamat mencuba ya! 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.