Feb 10, 2017 - 955
SUPERFOOD LADY KUNCI WANITA KEKAL SIHAT DAN CANTIK
Mahu kekal sihat dan cantik? Ayuh, mulakan rutin cantik pada bulan cinta 2017 ini dengan mengamalkan pengambilan Kinohimitsu Superfood Lady yang menawarkan pelbagai manfaat antaranya membolehkan InTrenders memiliki kulit wajah cerah berseri, tegang dan anjal, selain membantu memiliki tulang yang kuat, kesejahteraan holistik, tubuh lebih bertenaga dan memiliki potongan badan menggiurkan.
Ia diperkaya dengan kalsium untuk kesihatan tulang dan kardiovaskular, zat besi (pembentukan sel darah merah), protein (pemulihan sistem badan), sumber serat (kesihatan usus) dan sumber magnesium (kesihatan otot). Ia dihasilkan daripada gabungan bahan-bahan semula jadi seperti kranberi yang menggalakkan kesihatan saluran kencing, beetroot (meningkatkan penggunaan oksigen, stamina dan ketahanan kala bersenam), kurma merah (memperbaiki peredaran darah dan memulihkan tubuh) dan longan (memberikan kesan menenangkan dan menghangatkan badan).
Ia juga bebas lemak trans, kolesterol dan laktosa. Campur dua camca besar dengan 150 – 200 mililiter air sejuk ataupun air suam, amalkan minum setiap hari agar kejelitaan dan kesejahteraan bakal jadi milik anda.