Sep 19, 2017 - 75269

“Biarlah Hati Ni Terus Berbunga” — 3 Bulan Berkawan, HANIS ARIF Pengasas Tudung Ruffle Kena Risik Langsung Kahwin

Pastinya ramai tertanya-tanya siapa wanita ini? Dia adalah pengasas bagi jenama TUDUNG RUFFLE. Apa yang istimewa tentang wanita ini anda harus baca.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

BARU sahaja selesai majlis bertandang di sebelah pengantin lelaki di Johor Baharu hujung minggu lalu, Anis menitipkan syukur majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. Merpati dua sejoli ini mengharapkan perkahwinan yang baru dibina berkekalan hingga hujung nyawa dan melalui kehidupan yang lebih baik sebagai suami isteri.

 

 

 

Detik perkenalan Anis dan suami?

Anis mula mengenali Irshad daripada keluarga Anis. Pada mula detik perkenalan tidak pernah terlintas sekalipun untuk mendirikan rumahtangga. Lantas selepas dia meminta nombor telefon, kami pun berkawan dan menyelami hati budi masing-masing.

 

Dan selepas kira-kira tiga bulan kami berkawan, Irshad datang ke rumah dan membawa bersama keluarganya untuk merisik seraya kami memutuskan untuk berkahwin. Memandangkan Anis sibuk dengan perniagaan, syukur kerana semua perancangan perkahwinan dipermudahkan.

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

Persiapan yang dilakukan dalam tempoh yang singkat itu?

Kami merancang persiapan bermula selepas Aidilfitri yang lalu. Ketika orang ramai sibuk mengadakan rumah terbuka di sana-sini, barulah Anis sibuk pergi berjumpa pereka. Jumpa Kak Pija (Minaz) untuk busana akad nikah dan Rizman Ruzaini untuk majlis resepsi dan majlis bertandang.

 

Dan mereka menyiapkan rekaan busana tersebut dalam tempoh sebulan sahaja. Untuk rekaan tudung pula, Anis siap jahit tiga hari sebelum majlis resepsi dan tudung untuk upacara akad nikah pula Anis jahit seminggu sebelum majlis berlangsung.    

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

 

Anis meletakkan harapan tinggi untuk ketiga-tiga majlis ini?

Oh, tidak kerana pada mulanya Anis hanya mahukan majlis perkahwinan yang ringkas kerana maklum perancangan melakukan majlis agak lewat. Dan untuk itu Anis tidak mahu terlalu memikirkan setiap inci perkara yang tugas yang sudah diberikan kepada semua. Namun Alhamdulillah, apa yang Anis terima lebih daripada apa yang dijangkakan.

 

Misalnya busana upacara akad nikah, Anis beritahu kepada Kak Pija agar busana tersebut menampakkan susuk tubuh sedikit berisi dan cantik. Melihat hasilnya, masya Allah, terharu rasanya.

 

Dan busana majlis resepsi pula, Anis pinta Rizman reka sehelai gaun yang berperincikan elemen fairy tale dan syukur mereka merealisasikan impian Anis. Semuanya cantik dan Anis berpuas hati.

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Kualiti atau ciri-ciri yang ada pada Irshad dan membuatkan Anis terdetik, “He is my prince charming” yang dinanti-nanti selama ini?

Kali pertama berjumpa, Anis ingatkan dia seorang pendiam tetapi selepas mula berkawan rupa-rupanya dia bukanlah pendiam orangnya. Dia seorang yang kelakar dan suka menyakat. Dan apabila sering menyakat tanpa disedari ia mencetuskan perasaan rindu kalau tidak mendengar gurau sendanya.

 

Selain itu pada Anis, dia seorang yang merendah diri, pandai mengambil hati, baik dan penyabar. Dan Umi sendiri berkata dia baik orangnya. Dia mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup selain pemikirannya di luar kotak.

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Anis punya keluarga besar – lapan orang adik-beradik dan mempunyai seorang adik istimewa. Bagaimana penerimaan Irshad terhadap keluarga Anis?

Alhamdulillah syukur dia menerima keluarga Anis seadanya. Malah adik bongsu Anis amat menyayangi suami sehinggakan pada majlis resepsi kami, dia tak benarkan Anis pegang tangan suami (ketawa).

 

Bagi Irshad pula ia tidak mendatangkan masalah kerana dia juga mempunyai seorang adik istimewa yang mempunyai masalah pendengaran dan mempunyai tujuh orang adik-beradik. Jadi, tidak sukar baginya untuk menyesuaikan diri dengan keluarga Anis.

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Antara titik persamaan yang ada pada kalian?

Kami bersungguh-sungguh dan fokus dalam apa yang dilakukan. Selain itu kami sama-sama meminati dunia perniagaan. Malah ada masanya jika Anis buntu mencari idea misalnya apa lagi yang perlu dilakukan untuk kembangkan perniagaan, dialah yang selalu memberi idea dan cadangan. Dia kini menguruskan perniagaan keluarga.

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Bersuamikan lelaki yang hmmm…elok, handsome…tergugat atau tidak?

Hahaha… Syukur dengan jodoh yang Allah aturkan. Kami meletakkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan tidak timbul isu takut atau tidak. Pada Anis kelebihannya mungkin Irshad tidak mempunyai akaun media sosial.

 

Anis tidak mencurigai apa yang dilakukan dan begitu juga dengan dia. Kerana pada Anis, jika kita mempunyai akaun media sosial, pasti ada masanya kita sibuk stalk orang lain kan? Jadi pasa Anis, mungkin itu lebih mudah. Anis mengenali dirinya melalui pandangan Anis sendiri tanpa judgment daripada orang lain.

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

Jadi sekarang Irshad sudah punya akaun di media sosial atau tidak?

Baru ada! (ketawa) Tetapi tiada satu post atau gambar pun. Dia baru nak belajar dan stalk ig Anis, hahaha… Facebook ada tetapi sudah terlalu lama tidak aktif.

 

 

 

Pernah tercuit rasa takut sebelum menempuh momen ijab kabul?

Oh pernah! Mungkin kerana Anis seorang yang berdikari tetapi memikirkan tanggungjawab dan komitmen selepas ini lebih berganda, tidak dinafikan perasaan gusar dan takut itu hadir mencuit rasa. Tetapi Anis tetapkan fikiran agar lebih tenang dan just go with the flow.

 

 

 

 

 

 

 

 

Momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang majlis akad nikah dan majlis persandingan?

Ketika upacara akad nikah, abang Anis yang mewalikan dan melakukan akad kerana arwah anah sudah lama meninggal dunia. Jelas kelihatan abang nervous sewaktu upacara akad nikah. Mungkin masih muda agaknya. Tetapi pada Anis, sepanjang ketiga-tiga majlis terasa terlalu cepat waktu berlalu.

 

Tahu-tahu aje sudah selesai akad nikah, majlis resepsi dan majlis sebelah pengantin lelaki. Dan momen paling syahdu pula Anis rasakan selepas bersiap sebelum majlis akad nikah berlangsung. Entah mengapa Anis menitiskan air mata apabila Umi berkata, “Cantiknya Anis. Tak sangka anak Umi nak kahwin dah.” dan kami sama-sama menangis.

 

Syahdu rasanya dan seolah-olah ada naluri yang menjentik emosi Anis ketika itu. Apatah lagi Anis adalah anak pertama yang berkahwin dalam keluarga dan hubungan kami sesama adik-beradik dan Umi amat rapat.

 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

 

 

 

Perasaan setelah bergelar isteri, bagaimana rasanya?

Sehingga kini Anis masih lagi dalam mode, ‘Eh betul ke aku ni isteri orang’ dan rasa seolah-olah tidak percaya itu sering berlegar dalam fikiran.

 

 

 

Apa yang Anis look forward selepas ini?

Sudah tentunya Anis harapkan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke Jannah, bahagia hendaknya hingga hujung nyawa dan semoga perkahwinan ini membawa kami berdua ke dalam kehidupan lebih baik.

 

Doa Anis agar suami dapat mendidik Anis menjadi wanita yang lebih baik, menjadi isteri yang solehah dan moga dikurniakan cahaya mata (memandangkan sekarang nak masuk 30-an, hahaha…)

 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram nononesss

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Sherry Ibrahim X Sugarscarf Keluarkan Tudung Edisi Terhad Khas Raya — Anda Tengok Pasti Terpikat

  • Seterus →

    Bila Orang Bertudung Buka, Tutup, Buka! — Ini Teladan Untuk Semua, BACA DULU, Jangan Nak Hentam Saja