Feb 26, 2017 - 18376

Selepas Gagal Jual Produk Kosmetik, Gadis Ini Dedah Rahsia Bagaimana Jual Tudung Untung Ratus Ribu

Dia hanyalah gadis kampung. Bermula dengan keluarga yang retak, namun dia gigih mencari jalan keluar. Kini empayar tudungnya untung ratusan ribu ringgit!

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

GADIS ini sudahlah cantik, pernah menjadi model, cover majalah dan memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Pahang Tourisme 2013, Miss Malaysia Tourisme 2013 Pencarian Ikon Hijab dan sebagainya. Namun, akhirnya meninggalkan dunia glamor itu demi mengejar impiannya yang mahu menjadi jutawan menerusi perniagaan sendiri.

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

Cantik Saja Tak Cukup, Kalau Tak Berdikari

Hanny Izzaty, kalau mahu boleh sahaja meneruskan kerjayanya sebagai model secara serius. Kemudian, kahwini lelaki kaya dan kemudian duduk rumah sebagai suri hati Mr. Millionaire. 

 

Gadis cantik ini memang benar akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi dengan jutawan kosmetik, namun itu bukanlah impian tunggalnya. “Saya tidak percaya pada kekayaan tumpangan kepada suami. Sebagai perempuan yang sudah biasa hidup susah, saya mampu berdikari.

 

Bukanlah sombong, tetapi bagi saya kita punya kekuatan dan kemampuan untuk cari pendapatan sendiri, mengapa perlu bergantung sepenuhnya kepada lelaki? Andai ditakdirkan suami tak panjang umur ke atau berlaku sesuatu selepas kahwin… bukanlah meminta tetapi kita harus ada persediaan diri.”

 

 

 

 

 

Belajar Daripada Pengalaman ditinggalkan Ayah, Keluarga Berpecah-belah

Kesungguhan gadis ini dalam mengejar cita-citanya sebagai jutawan tudung bolehlah dikatakan kesan daripada pengajaran hidup penuh tekanan yang pernah dilaluinya satu masa lalu. Ditinggalkan Ayah selama 10 tahun tanpa sebab yang jelas menuntut ibunya keluar mencari rezeki sehingga ke Arab Saudi.

 

Desakan hidup waktu memaksa dia dan adik-beradiknya yang lain berpisah kerana diletakkan di bawah penjagaan mak-mak saudara. Kesusahan hidup dengan hanya berbekalkan belanja sekolah hanya 50 sen menjadikan semangat gadis yang luarannya ini Nampak lembut sebenarnya sekeras besi. 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

Kredit foto: Instagram

 

 

“Sepatutnya waktu itu, kami membesar dalam sebuah keluarga yang sempurna yang dliimpahi kasih-sayang. Namun, itu tidak kami miliki. Kami terpisah adik-beradik. Dan, hanya sekarang barulah kami kembali berhubungan apabila masing-masing sudah dewasa. Namun, pengalaman perit waktu kecil itulah yang menjadikan saya kental sehingga kini.”

 

 

 

 

Pernah Gagal Sebagai Usahawan Produk

Kejayaan tidak datang bergolek lantaran Hanny juga pernah gagal terduduk tertangkup apabila perniagaan kosmetik yang mahu dijayakan bersama partner berkecai di tengah jalan. Salah percaturan antara dia dan partner menjadi antara faktor utama kegagalan perniagaan itu. Katanya, sesiapa yang pernah menjadi usahawan dan kemudian gagal pasti tahu bagaimana sakit dan peritnya pengalaman itu. Apatah lagi, ia membabitkan modal sendiri. 

 

Kredit foto: Instagram

 

Kredit foto: Instagram

 

 

Namun, kata Hanny yang berjiwa kental ini lagi, ia bukan penamat hidupnya. Dia bangun dengan pantas dan terus mengatur langkah baru yang lebih lincah. Maka, dengan beraninya Hanny menubuhkan pula perniagaan tudung yang diberi nama Top Model Scarf tahun lalu. Tudung yang berkonsepkan kain satin empat segi klasik ala orang dulu-dulu itu mendapat sambutan di luar dugaan walapun pada hari pertama ia dijual di Facebook miliknya.

 

“Hanny ambil 100 tudung saja waktu itu dan kemudian post di Facebook Hanny dengan memakainya ikat ke belakang sambil menampakkan anak tudung (ala-ala orang dulu), tak sangka dalam hanya 24 jam habis semua ditempah orang!” Ceritanya mengimbas kembali hari pertama jualan tudungnya sudah meletup!

 

 

 

 

 

Ini Cara Nak Lariskan Jualan…

Hanny tidak lokek berkongsi bagaimana strateginya mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dalam hanya setahun menjual tudungnya itu. Katanya menerusi laman sosial pun kita mampu mengadakan promosi besar-besaran. Paling penting muat naik gambar yang betul-betul menarik. Dan lagi, tambahnya jika kita bukan siapa-siapa, kita perlu menumpang populariti orang lain seperti selebriti. 

 

Menurut Hanny, skarfnya menjadi bualan hangat selepas dia menaja Mira Filzah untuk bebebrapa penggambaran. Disusuli penajaan ketika majlis perkahwinan Amyra Rosli dan beberapa selebriti lainnya. Kemudiannya, dia melamar model, Amber Chia untuk mencuba skarfnya itu. Itulah kelainan yang cuba diciptanya bila mana wanita bukan Islam juga menarik untuk mengenakan tudungnya itu. 

 

“Alhamdulillah strategi kami ini berjaya membuka lebih ramai pelanggan untuk mengenali jenama kami ini. Saya juga melatih agen-agen kami untuk tidak hanya menjual tetapi juga mengenali jenama kami ini dengan baik. Semua wanita, sama ada golongan belia, suri rumah, ibu tunggal atau siapa jua anda mampu berjaya dengan sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa pun jika ada kesungguhan dan misi yang tepat. Kita wanita ada banyak kelebihan yang orang lelaki tiada…” sambungnya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    7 Langkah Ikatan Tudung Empat Segi Satin Paling Mudah dan Cepat

  • Seterus →

    NEELOFA Tersenarai ‘Forbes Asia 2017’ Bawah 30 Tahun — Ini Genius Bisnes Muda, LUAR BIASA!