May 30, 2017 - 1649
Oleh: Athirah Zulkifli
PEREKA fesyen wanita yang tidak asing lagi Alia Bastamam, yang terkenal dengan rekaan baju yang cukup feminin dan elegan kini tampil dengan koleksi baju raya 2017 yang pasti mempesonakan banyak fesyenista dengan adunan gaya yang feminin minimalis.
Menariknya, ia berkonsepkan sebuah taman rahsia yang melambangkan seorang wanita lembut, cantik dan menarik menggayakan koleksi ini. Setiap helaian busana ini hadir dengan pelbagai rekaan dan perincian unik yang berbeza-beza. Potongan baju yang longgar pula pasti memberi keselesaan kepada si pemakai. Koleksi ini hadir dengan rona alam yang mendamaikan seperti hijau pucuk pisang lembut, coklat lembut, merah jambu berkabut, maroon dan hitam.
Selain itu, Koleksi Raya 2017 Alia B. memperkenalkan lima wajah eksklusif yang menghiasi kempen ini iaitu Anzalna Nasir, Sarah Hildebrand, Siti Saleha, Eleena Sui dan Puteri Aishah.
InTrend bawakan seleksi baju raya Alia B. yang pasti membuat anda jatuh cinta dengan sentuhan halus penuh kewanitaan.
Kredit foto: Alia B.
Kredit foto: Alia B.
Kredit foto: Alia B.
Kredit foto: Alia B.
Kredit foto: Alia B.
Kredit foto: Alia B.