Dec 27, 2017 - 24747

Siapa SCORPIO Dalam Famili Anda? Ini Jawapan Menarik DATO’ JOVIAN MANDAGIE Tentang Stail Scorpio

Jika ada kalangan kenalan, ahli famili atau diri anda sendiri berbintang Scorpio, bacalah artikel ini. Ada pesanan menarik untuk kalian.

 

 

Oleh: Nurul Huda Hussain 

 

 

 

 

 

BAKAL menjalin kolaborasi bersama pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan untuk busana istimewa ‘Ready-To- Wear’ (RTW) pra raya tahun 2018, usianya dalam membina nama untuk dikenali seperti hari ini seiring dengan perjalanan usia InTrend. Terkenal dengan perincian rekaan, elemen mewah dan elegan, ada sahaja elemen wow dalam setiap rekaannya. Ikuti temu bual eksklusif kami bersama Dato’ Jovian Mandagie. 

 

 

 

 

Ceritakan detik hadirnya Jovian Mandagie dalam lanskap industri fesyen Malaysia? 

Pada 2007, selepas menamatkan Diploma di Universiti Lim Kok Wing. Dan saya berpeluang mereka busana untuk Ning Baizura ketika ABPBH bertemakan ‘denim and leather’. 

 

Individu penting yang mencorakkan anda bergelar pereka? 

Ramai! Antara yang terawal adalah ibu saya kerana dia banyak memberi sokongan dan bantuan daripada pelbagai aspek. Tidak lupa juga ‘team’ terdahulu Jovian Mandagie dan ada sebahagiannya masih bersama hingga kini, juga ‘team’ saya yang baru. Dan semestinya rakan-rakan selebriti dan media yang tanpa jemu memberi sokongan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cabaran untuk mereka sepasang busana wanita? 

Untuk menterjemahkan interpretasi idea dan ilham kepada realiti. Misalnya apa yang dibayangkan kemudian dilukis. Tetapi apabila menvisualkannya tidak sama seperti apa yang digambarkan. 

 

Apa lagi yang belum tercapai dalam profesyen anda? 

Saya meminati Beyonce dan teringin mahu reka baju buatnya suatu hari nanti. 

 

Biarpun sekian lama menetap di Kuala Lumpur, pasti Jakarta dan Indonesia dekat di hati bukan? Apa yang dirindui tentang segalanya mengenai Indonesia? 

Pertama rindu untuk bertutur dalam Bahasa Indonesia dengan orang Indonesia juga makanan asli Indonesia. Misalnya mi ayam dan murtabak manis, rindunya! 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang mahu anda lihat dalam industri fesyen tempatan? 

Agar semua pereka fesyen kembali bersatu hati dan terus meningkatkan martabat fesyen tempatan. 

 

Apa yang mahu dimanjakan buat puteri comel yang baru dilahirkan? 

Bukan soal kebendaan sahaja tetapi saya mahu anak saya membesar dan belajar untuk berusaha sendiri. 

 

 

 

 

 

 

Antara berikut, yang mana lebih menyentuh emosi anda dan mengapa? 

A - Melihat bayi yang baru lahir ditinggalkan di tepi jalan

B - Melihat orang tua yang tinggal seorang diri dalam keadaan serba kekurangan 

C - Melihat wanita hamil yang didera suami


Saya pilih B, kerana biar apa pun cerita di penghujungnya mereka tetap ibu bapa yang mencurahkan tenaga, pengorbanan dan masa untuk membesarkan kita. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejauh mana anda fikir zodiak seseorang mempengaruhi cita rasa gayanya? 

Ya, sudah tentu kerana setiap zodiak melambangkan karakter yang berbeza. Misalnya saya seorang Gemini, ada kalanya saya bisa berpakaian seperti seorang pereka fesyen, ada masanya saya mahu kelihatan kasual dan sebagainya. 

 

Bayangan anda terhadap rekaan zodiak untuk mereka yang berbintang Scorpio?

Untuk Scorpio, saya membayangkan sesuatu yang ’bold in colour, strong character’, berani, elegan, sofistikated dan ‘unexpected’. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Ini Wajah Selebriti Tempatan yang Memeriahkan SEDEKAD FARAH KHAN – Anda Harus Lihat!

  • Seterus →

    AWAL ASHAARI, SCHA ALYAHYA & AMELIA HENDERSON — 16 Fesyen Selebriti Paling Stailo di Butik Fendi, Lihat Ini