May 24, 2017 - 17365
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: LSforJovian
KOLEKSI Lisa Surihani for Jovian 2.0 menampilkan 50 rekaan yang terdiri daripada baju kurung moden dengan potongan peplum, split curved, soft ruffle, juga potongan simetri. Koleksi ini memanfaatkan palet warna-warna segar dan terang yang bersesuaian dengan cita rasa wanita masa kini yang mahu ‘visible’ dalam setiap penampilan.
Istimewa, koleksi #LSforJovian ini diinspirasikan oleh Lisa Surihani sendiri yang menyerapkan elemen gaya moden dengan kehadiran motif yang agak ‘bold’ dan menyerlahkan si pemakai. Menurut Jovian, sebagai rakan pereka koleksi #LSforJovian, dia juga menerapkan gaya Lisa Surihani supaya koleksi ini sesuai dengan trend dan boleh digemari ramai.
Menariknya, koleksi “Lisa Surihani For Jovian 2.0” buat julung kalinya menampilkan anak perempuan sulung Lisa iaitu Yahaira Leanne sebagai tunjang inspirasi dalam 20 rekaan koleksi pakaian kanak-kanak. Jika dilihat, kesemua foto busana raya #LSforJovian disertai oleh wanita yang sentiasa dekat di hati Lisa termasuklah sahabat-sahabat akrabnya.
Jangan tunggu lagi! Jom lihat paparan InTrend menampilkan foto koleksi baju raya #LSforJovian 2.0 yang pasti membuat anda resah mahu memilikinya.
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian
Kredit foto: LSforJovian