Jun 06, 2017 - 424
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Mimpikita
JENAMA lokal, Mimpikita kembali dengan koleksi lebaran 2017 yang diilhamkan daripada negara Timur Tengah. Bagi koleksi musim ini, mendapat inspirasi daripada pengaruh budaya Maghribi yang mencerminkan sentuhan kontemporari campuran antara dua elemen ini.
Koleksi Lebaran 2017 ‘Marrackech', menerapkkan elemen tradisional seperti warna-warna terang lagi menyerlah serta corak pada mozek di ‘Marrackech’ yang ‘vibrant’. Selain itu, potongan baju yang longgar serta dihiasi dengan perincian cetakan corak emas pada baju menjadikan koleksi ini kelihatan eksklusif dan elegan apabila digayakan.
Menariknya koleksi ini, ia direka menjadi dwigaya, sesuai untuk pakaian kasual atau menghadiri majlis. Setiap top koleksi ini boleh digayakan untuk ke pejabat atau pada hujung minggu dengan padanan seluar jeans. Selain itu, pemilihan rona semula jadi adalah pilihan yang tepat kerana ia menjadi pilihan rona yang paling digemari wanita masa kini.
InTrend bawakan beberapa helaian lebaran Mimpikita yang bertemakan 'Marrackech On The Mind’ buat tatapan anda.

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita

Kredit foto: Mimpikita