Jun 23, 2016 - 545

12 Reviu Gaya Lebaran 2016 Mesti Lihat dan Baca Sebelum Anda Shopping (Saat Akhir)

InTrend menggarap 12 ilham lebaran, mengupas formasi-formasi indah yang sedang membanjiri rak permintaan konsumer. Lihat dan baca sebelum anda memutuskan gaya raya yang ingin dibawa pulang.


Oleh:

 

BERNARD.jpg

BERNARD CHANDRAN via PETANG RAYA 2016/2017   

Keakraban hubungan profesional antara Bernard Chandran dan golongan aristokrat yang membentuk sebahagian kelompok konsumernya, telah menggerakkan DNA koleksi tahun ini. Bernard menerapkan kemewahan gaya diraja, terserlah dalam suntikan bejeweled attire, kombinasi warna-warna kontras, tekstur yang sengaja digaul berani dengan corak cetak, juga revolusi potongan busana yang bukan sahaja dramatik, bahkan menjauhi konvensi. Ternyata di sinilah kekuatan Bernard yang cekap mengadun gaya kontemporari bersama inspirasi gaya aristokrat. 

MESTI CUBA: 

Helaian kain labuh busana raya boleh dilanjutkan nilai versatilitinya seperti yang disarankan Bernard Chandran dalam koleksinya. Buat urbanista yang tidak takut mencuba, anda boleh mengacunya bersama outerwear seperti sehelai cropped jacket. Pilih rona-rona candy.
 

 
FACEBOOK:  


E-MEL:
 

 

HATTA.jpg

HATTA DOLMAT via HATTA ZALORA RAYA 2016 

Palet pastel bergolak dengan rona pudina, pic, merah jambu, ungu juga putih. Hatta mengolah semula kurung moden, kurung Pahang, kurung asas malah sedikit suntikan gaya kimono untuk bangkitkan perisa urbanista. Seperti kelaziman, Hatta memanipulasi kepakarannya bermain fabrikasi neoprene, bubble crepe, heavy crepe, heavy valentro dan heavy satin tanpa melupakan signature gaya RTWnya sebelum ini, tentu sekali sentuhan listrik ilustrasinya yang unik. Ringkas, elegan, dalam acuan klasik dan yang terpenting  elemen wearability yang menyenangkan konsumer.

SET IT RIGHT: 

Busana lebaran dengan kehadiran corak atau motif besar tetap cantik dipadu padan sama helaian tudung atau selendang yang sama bercorak. Caranya, imbangi large-scale pattern yang melakari busana anda dengan small-scale pattern pada selendang atau tudung yang anda sarungkan.

 

LAMAN WEB: www.hattadolmat.com 
 
FACEBOOK:  

 


 

Innai-Red.jpg

INNAI RED via INNAI RED NOUVEAU RAYA 2016  

Innai Red memetik suis raya dengan kelicikan formasi siluet feminin yang tergilap segar. Menganjurkan konsumernya meninggalkan gaya raya stereotaip, sebaliknya menyemarakkan semangat Nouveau bernafas baru, memaknakan frasa a new elegance perfected. Potongan helaian-helaian structured diberikan retorikanya, dipujuk lembut lekuk feminin. Ada canda manik timbul 3D, tebaran renda romantis dan sulam jalin bunga  semuanya dirapikan cermat sekali dalam nada warna lembut namun girang. Estetika ini saling berharmoni, malah lebih sempurna diwakili dua wajah kempen setanding jelita; Fouziah Gous dan Marsha Milan. 


TIPS AKSESORI: 

Busana raya Innai Red tidak memerlukan bantuan aksesori dempak pada bahagian dada kerana ia hanya akan mendefisitkan focal point yang sudah jelas menyerlah pada perincian-perincian mewahnya. Memadai sepasang chandelier earrings. 


 
FACEBOOK:


E-MEL:  

 

Afiq.jpg

AFIQ M via FASHION VALET RAYA 2016 

Aksesori gah, fabrikasi mewah namun diterjemah santun menerusi siluet minimal dalam helaian busana tradisional Minangkabau  inilah jentera idea yang telah menggerakkan deria rekaan Afiq M. “Koleksi saya terinspirasi dari tanah kelahiran dan kebesaran saya yakni Rembau, Negeri Sembilan,” akui Afiq M. Antara yang mesti anda miliki adalah Biduanda Long Dress yang sangat minimalis namun berpencaran dengan semangat lebaran. Juga Kurung Tanah Datar yang pasti sempurna buat dara yang ingin jadi primadona Syawal sambil serlahi lekuk figura kewanitaan. 

DOS & DON'TS: 

Hidupkan natar gelap dan deep pada helaian kurung tanpa corak anda dengan aksesori mutiara. Anda boleh pilih cluster necklace mutiara bertompok tebal dan bertingkat untuk gaya lebih glamor, atau memadai dengan selapis rantai mutiara bersaiz sederhana. Pilih rantai mutiara berkualiti, bergilap dan putih bersinar. Hindari aksesori mutiara yang dijalin jarang-jarang kerana ia terlihat murah dan tidak classy.

 

 
FACEBOOK:
E-MEL:


 

rizalman.jpg

RIZALMAN via RIZALMAN FOR ZALORA

Rizalman tidak memerlukan helah-helah fesyen terguna-pakai untuk menjadikan rekaannya gah dan merebut perhatian luar biasa. Hanya dengan helaian baju kurung dan kaftan tipikal, Rizalman menukangnya menjadi luar biasa dengan kecantikan fabrik yang sangat individualistik. Di sinilah terletaknya sensibility rekaan Rizalman. Tanpa potongan yang aneh-aneh, Rizalman membawa masuk perincian aksesori fabrik paling minima, sambil bersahabat baik dengan fabrikasi jersey, renda, crepe silk dan georgette silk. Tahun ini juga membuka pintu kepada kelahiran RizalMEN, koleksi pertamanya buat adiwira gaya.


STYLING TIPS: 

Helaian raya yang ditukang Rizalman tidak bersandarkan jahitan-jahitan manik, sekuin, jemeki dan segala kerja embroideri tebal-lebar-berat untuk membiaskan all the glamour and fabulousness. Cuma anda perlu berhati-hati memilih tas tangan yang mahu dibawa, jangan sampai ia menenggelamkan estetika siluet busana, atau barangkali juga ditenggelamkan oleh formasi busana itu sendiri. Gaya lebaran Rizalman berganda sempurna jika dipadan sama sepasang stiletto untuk total look yang lebih anggun, utterly fabulous. 


 


 

 

  mimpi.jpg

MIMPIKITA via FASHION VALET RAYA 2016 

Ekspektasi menyambut lebaran pertama dari perspektif wanita Peranakan Baba Nyonya Melaka menjana ilham teras Koleksi RTW Raya 2016 Mimpikita. Boleh disimpulkan bahawa helaian Mimpikita adalah medley kepada segalanya tentang Peranakan. Anda dapat saksikan warna menonjol kontras, agak eksentrik, berpotongan unik. Lebih istimewa, hayati juga motif lakaran seramik porselin Peranakan diterap pada fabrikasi, menjadikan kejatian gaya bertambah unik dalam identiti lokaliti.

TIPS AKSESORI: 

Jangan takut mencuba kepelbagaian aksesori. Padukan clutch bag rona emas midas, atau envelope bag rona mutiara bersinar atau perak metalik.

.

LAMAN WEB: http://mimpikita.com.my/ 


 
E-MEL:  

  

azura.jpg

AZURA COUTURE via SHELLE’ BELLE’E 

Azura Couture menjauhi kelaziman dominasi palet pastel gaya lebaran. Pancawarna kontras berpelangi, bintik polka, motif geometrik simetrikal zig-zag dengan bahu cantik berlapel antara karakter formasi yang membentuk kejatian rekaan kali ini. Ia menonjol daripada permainan adunan warna dan motif tetapi dalam masa sama menyelesakan konsumer dengan potongan-potongan santun, agak minimalis namun tetap menyerlahkan keanggunan Aidilfitri. 


FASHION TRICK: 

Untuk survive dengan indah dalam balutan gaya Azura Couture tidak sukar. Anda hanya perlukan sedikit kebijakan bermain dengan elemen-elemen kontras kerana di sinilah terletaknya kesenian rekaan Azura. Kontras di tangan Azura diterjemah dengan kehadiran perlawanan warna gelap-terang. Pilihlah hijab dari spektrum warna yang sama. Jika ingin asosiasi aksesori, adunlah dengan cermat. Ia wajar dibiar simple dan minimalis. 
 

   

LAMAN WEB: www.azuracouture.com

FACEBOOK:  
E-MEL:  

 

alia.jpg

ALIA BASTAMAM via ALIA BASTAMAM RAYA 2016

Radiant, relaks, cool. Inilah tiga personafikasi utama yang membangunkan seluruh koleksi Syawal milik Alia Bastamam. Sofistikasi ideanya mengalir lembut sekali, digarap pintar dalam canda drapes dan luxe layers, bebas kongkongan corak cetak, namun berganda anggun tatkala direalisasi fabrikasi satin dan sutera paling asyik. Kesefahaman Yin & Yang berharmoni — antara form dan tekstur; antara shape dan volume. Ketradisian DNA raya tidak ditinggalkan Alia Bastamam. Kerana ternyata klasik di tangannya tergilap moden, mewah, sopan, menyantuni pekerti Syawal.   


TIPS & TRICKS: 

Jauhi hobo bag atau oversized tote bag, sebaliknya pilih clutch bag berperincian gemerlap. Jika berkeperluan membawa banyak barangan kala beraya, maka pilih structured bag bergancu emas dengan interior luas untuk gaya kekal polished and well-groomed

LAMAN WEB: www.aliabastamam.com

E-MEL:  


 

Syomir.jpg

SYOMIR IZWA GUPTA via FASHION VALET RAYA 2016 

Deria rasa Syomir Izwa Gupta tahun ini kembara jauh ke Itali, meminjam nilai-nilai tradisi kota Sicily, gelora asmaradana Tuscany, vista cantik terusan Venice dibalami cahaya bulan, kemewahan gaya Milan dan kekayaan sejarah teragung Empayar Rom. Saksikan pertembungan pintar dua budaya berbeza. Interaksi dua benua di dalam kapsul masa sama, diwakili aura “la dolce vita” ala Itali 1950-an dengan kehebatan gaya primadona era Studio Jalan Ampas. Hasilnya ternyata tidak mengecewakan. Antara yang pasti menjadi rebutan ramai adalah Giulia Top padanan Isabella Skirt, juga Bettina Top yang dipadu mesra sama Viola Skirt. 


STYLING TIPS: 

Gaya raya Syomir digerakkan daripada asas young and chic, dapat anda gilap lagi dengan aksesori girly seperti headband berperincian reben satin. Pilih rona headband yang serumpun dengan busana pilihan anda supaya total look tetap terkawal dalam satu nada yang sama. 

LAMAN WEB: syomirizwa.com.my

 
 
E-MEL:

 


.Melinda.jpg

MELINDA LOOI via COLOURS OF THE SEA

Koleksi Melinda Looi kali ini didenyutkan untuk tujuan amal bersama kolaborasi rakan-rakan selebriti iaitu Aishah Sinclair, Atilia Haron, Daphne Iking, Dynas Moktar, Serena C dan Sazzy Falak. Lebih menarik, keenam-enam sosialit ini merupakan ahli selam profesional, saling bersepakat melakukan kerja amal bersama Melinda. Uniknya, koleksi baju kurung rekaan selebriti ini mengasosiasi motif organik hidupan marin, bahkan hadir juga rekaan mesra ibu yang menyusui bayi. Sebahagian wang hasil jualan akan disalurkan kepada Reef Check Malaysia, sebuah badan NGO yang fokus pada kerja-kerja konservasi terumbu laut.


SMART TRICK: 

Bangkitkan seri busana polos tanpa corak dengan mencipta focal point pada gaya anda. Gunakan trick menyarung bib necklace/ribbon collar necklace. Pilih yang berbatu swarovski untuk mengerdipkan bling-bling effect yang glamor.


LAMAN WEB: www.melindalooi.com 
FACEBOOK:

 
E-MEL:  

 

Rizman.jpg

RIZMAN RUZAINI via FASHION VALET RAYA 2016 

Gugus-gugus spektrum warna pelangi — dari merah jambu manis merebak menjadi fuschia, dari kuning menyala meresap menjadi jingga — ya, estetika ombre inilah yang menjadi teras rekaan Rizman Ruzaini. Lekuk siluet dijelmakan dengan rapi. Ia mengintimi figura wanita, bertambah molek ditambah jalin dengan lapisan renda kalis cahaya, sehingga terbangkitnya nada romantik bersekali sensualiti. Signature gaya Rizman Ruzaini yang selesa mengolah rumbai-rumbai lembut pada rekaannya diperlihatkan minimal seadanya, namun pancaran semangat lebaran tetap mengepompongi koleksi kali ini.  


STYLING TIPS: 

Elemen luxe dapat dirasai di sana-sini dalam rekaan Rizman Ruzaini. Anda tidak memerlukan aksesori mega untuk exaggerate permainan bayang-bayang ombre dan renda yang dimanipulasi licik pada koleksi ini. Clutch bag, sebentuk cincin dempak dengan rambut bersanggul limau manis atau lilitan tudung berfabrik ringan melayah adalah pilihan paling selamat.

 



E-MEL:  

 

calvin.jpg

CALVIN THOO via CALVIN THOO RAYA 2016

Lebaran 2016 menyaksikan Calvin Thoo melestari gaya raya dengan matlamat mahu memberi variasi kepada konsumer, agar mereka memilih helaian yang serasi cita rasa peribadi. Di tangan Calvin, dua delegasi gaya berbeza dinavigasi semangat couture. Satu palet lembut pastel, manakala satu lagi terisi rona-rona pekat jitu lagi deep seperti warna permata zamrud dan biru diraja. Hadir 30 rekaan hasil konstruksi siluet baru. Yang paling unik adalah kurung mini yang melawan sifat asal kurung, kali ini sungguh manis dengan kelabuhan mencecah pinggang. Kerincian jahitan manik, suntikan gaya cape, kelincahan embroideri dan olahan sleeves bermain tingkat dan lapis-lapis ringan — kesemuanya menandai kematangan fasa keperekaan Calvin Thoo.


DOS & DON'TS: 

Yang teristimewa dalam koleksi ini menurut Calvin adalah kurung mini yang chic. Urbanista yang memilih helaian Calvin wajar memilih aksesori dengan hati-hati agar the total luxe appeal tidak didefisitkan oleh kehadiran rantai manik, batu permata atau metal yang murah dan tidak classy. Jika tiada yang sepadan, tidak mengapa. Sehelai busana glamor Calvin sudah memadai menjalankan tugasnya untuk anda. 

 








 
 
 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  12ilhamraya

  • ← Sebelum

    Baucar Shopping RM2,000 untuk Peraduan OOTD Setia City Mall!

  • Seterus →

    Ketahui Rahsia di Sebalik Summeraya Karya Unggul Rico Rinaldi Yang Memukau!