May 11, 2017 - 10794

Jus DELIMA Cegah Nyanyuk, Barah dan Sakit Jantung — Sila Amal Sebab Buah Syurga Ini Memang Hebat

Khasiat buah delima sangat pelbagai, malah boleh dianggap luar biasa! Buah delima tidak terhad untuk merealisasikan impian awet muda semata-mata. Anda perlu tahu, manfaatnya juga bagus untuk hidup sihat sepanjang hayat.

 

 

 

Oleh: Nurul Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

ALLAH SWT berfirman dalam Al-Quran menerusi Surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima."

 

Allah SWT menyebut kalimah ‘rumman’ yakni buah delima sebanyak tiga kali untuk membuktikan betapa hebat penciptaanNya dan ia juga disebut sebagai buah daripada syurga. Pada zaman Nabi Musa A.S, buah delima yang berkualiti ditanam di Palestin dan Lebanon. Manakala di Timur Tengah, buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan dalam kalangan masyarakatnya. Dalam agama Kristian pula, buah delima diangkat sebagai simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal. 

 

Berlainan pula bagi kepercayaan agama Buddha, buah delima dipercayai sebagai buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China, masyarakatnya menganggap buah delima sebagai satu simbol kesuburan, rezeki, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

 

Walau apa jua kepercayaan yang diangkat oleh segelintir penganut dan masyarakat, ia membuktikan bahawa buah delima membawa manfaat yang besar lagi bermakna dari perspektif kesihatan dan kecantikan.

 

 

 

 

 

 

Buah Delima VS Teh Hijau — Yang Mana Lebih Baik?

Pokok delima ataupun nama saintifiknya Punica Granatum adalah sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok Delima berasal dari Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika.

 

Kini ia ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Minuman ini mengandungi lebih banyak antioksidan. Faktanya, kandungan antioksidan dalam jus delima tiga kali lebih banyak jika dibandingkan dengan teh hijau. 

 

Buah delima juga kaya dengan antioksidan seperti polyphenols, tannin dan anthocyanin. Berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh pakar kesihatan telah menunjukkan bahwa pesakit yang mengambil jus delima setiap hari dapat mengurangkan kadar kolesterol berlebihan dalam tubuh, memperoleh Vitamin C lebih banyak serta membaiki sistem pengaliran darah ke jantung. 

 

Delima Amat Berkesan Untuk Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan ‘Stroke’

 

Dalam masa sama, ia membuktikan, jus delima juga berkesan untuk memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, amalan meminum jus delima juga dapat mencegah dan memperlambatkan efek penyakit Alzheimer, menurunkan tekanan darah, mencegah kerosakan tulang rawan serta menjaga kesihatan gigi.

 

Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai elemen penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Di samping itu, buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya selain membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. 

 

Sebab Itulah Delima Selalu digunakan Sebagai Formula Produk Kecantikan di Seluruh Dunia

Selain perspektif kesihatan, buah delima juga punya khasiat tersendiri malah ia turut digunakan sebagai kajian untuk menghasilkan produk kecantikan. Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diperakui sebagai antara jenis buah yang kaya dengan khasiat antioksida.

 

Malah, umum mengetahui antioksida berupaya melambatkan proses penuaan sekali gus mampu menegangkan kulit dan mengelakkan kedutan pada wajah. Kandungan gula di dalamnya pula mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Dan hasilnya kulit akan kelihatan segar dan awet muda. 

 

 

 

 

 

 

 

Ini Khasiat Buah Delima yang Luar Biasa 

KHASIAT 1

Kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosforus. 

 

KHASIAT 2

Mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk mengubati penyakit jantung dan barah serta mengurangkan kedutan pada wajah. 

 

KHASIAT 3

Dalam rawatan Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman. 

 

KHASIAT 4

Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim, radang telinga dan lain-lain.

 

 

10 Perkara Tentang Delima yang Anda Perlu Tahu 

1. Buah delima digelar sebagai buah diraja. 

2. Berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. 

3. Buah syurga kerana ia adalah antara buah yang ada di dalam syurga. 

4. Di Perancis, ia dikenali sebagai epal yang berbiji. 

5. Mempunyai hayat pokok yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun. 

6. Bagi kaum Cina, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. 

7. Berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam.

8. Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima diproses menjadi jamu untuk mengubati masalah sakit perut.

9. Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang amat pahit. 

10. Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya dan seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada segala hama.  

 

 

Delima Amat Berkhasiat Untuk Langsingkan Tubuh Anda 

CARA-CARANYA:

Ambil isi buah delima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Kacau sampai rata dan amalkan meminum air ini setiap pagi selepas serapan. Insya-Allah tubuh anda beransur langsing. 

 

 

Tips Kulit Anjal dan Awet Muda Dengan Delima, Cubalah

CARA-CARANYA:

LANGKAH 1

Gaul ½ cawan biji delima dengan ½ cawan gula putih. 

 

LANGKAH 2:

Masukkan juga dua camca besar minyak zaitun dan dua titik pati minyak lavender di dalam mangkuk kecil. 

 

LANGKAH 3:

Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang camca. 

 

LANGKAH 4:

Kemudian, campurkan minyak dan kacau rata. Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran. 

 

LANGKAH 5:

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Benarkah 5 Elemen Alam & Warna Makanan Ada Kaitan Dengan Organ Dalaman? Apa Kaitannya, Ini Jawapannya…

  • Seterus →

    Sedapnya Telur Rebus Berkrim Untuk Sahur Nanti — Ibu-ibu MESTI CUBA, Anak Gerenti Suka!