Nov 29, 2016 - 135757

LUAR BIASA! Lelaki Ini Sewa 40 Rumah, Ini Rupanya Rahsia Dia Pusing Duit Sampai Untung Puluh Ribu

Ikuti perjalanan 2 sahabat ini dalam dalam perniagaan SUBLET yang mampu hasilkan pendapatan lumayan. Dari kisah pertaruhkan duit perkahwinan sehingga berjaya sewa 40 buah rumah…

 

Oleh: Hakimi Tajul As’ari

 

 

PENINGKATAN harga rumah dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah sorotan daripada kenaikan harga nilai hartanah di Malaysia. Tertarik dengan dua jejaka dari Perak ini yang mengambil kesempatan untuk mendirikan satu perniagaan SUBLET yang sangat memberi keuntungan kepada golongan muda khususnya. Siapa sangka dengan menyewa rumah anda mahu juga mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan setiap bulan? 

 

 

 

“Nama saya Fauzan dan ini sahabat saya Fuad, kami berasal dari Perak dan memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Bermula sekitar tahun 2013, sewaktu saudara Fuad Nasir menghadiri satu seminar berkenaan Bisnes Kereta Sewa, di seminar tersebut terdapat sesi perkongsian oleh seorang speaker berkenaan bisnes SUBLET. Selepas itu, kami terus memulakan bisnes ini, dari satu unit hingga 30 unit dan lokasi rumah sewa kami berada di seluruh kawasan Selangor dan Lembah Klang. Manakala untuk bisnes SUBLET PREMIUM kami memulakan bisnes ini pada Disember 2015 dengan satu unit dan hingga kini kami mempunyai 10 unit dan lokasi rumah kami berada di kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur."

>>> Tak Sangka! Bermodalkan Duit BRIM RM500, Kini Nora Raih Untung Jutaan Ringgit<<<

 

 

 

 

HARGA HARTANAH SEMAKIN MENINGKAT

Ya, tidak dinafikan semakin hari semakin cepat harga rumah naik terutama di kawasan bandar membangun. Jadi bagi anak muda yang baru habis belajar dan baru mula bekerja sangat sukar untuk memiliki rumah sendiri lebih-lebih lagi dengan kegawatan ekonomi yang berlaku. Mereka tiada pilihan yang lain, selain dari menyewa rumah atau menyewa bilik.

 

Trend semasa kini ramai yang masih tidak mampu untuk miliki rumah sendiri tetapi keinginan ingin miliki rumah yang cantik itu meninggi. Kami realisasikan impian majoriti daripada mereka untuk memilik rumah yang cantik untuk disewa dan murah pula, bermula dari RM200 sebulan.

 

>>>Tak Sangka! Lelaki Kelantan Ini 'Invest" Beli Kuda Dari RM1000 Kini Cecah Ratusan Ribu<<<

 

 

APA ITU PERNIAGAAN 'SUBLET'?

"Itulah realiti, kebanyakan masyarakat kita tidak ramai yang mengetahui tentang bisnes yang dipanggil SUBLET, di imana kami menyewa rumah  ini daripada tuan rumah dan kami akan menyewakannya kepada pihak ketiga."

Di dalam bisnes SUBLET ini ia terbahagi kepada dua iaitu:

 (1) SUBLET PREMIUM

Rumah yang lebih mewah dan dilengkapi dengan perabot yang cantik serta hiasan dalaman rumah yang menarik. Ia mempunyai persamaan konsep dengan homestay. Sublet Premium ini kebiasaan dipromosikan di platform seperti Airbnb, Agoda, Traveloka, Expedia, Booking.com dan lain-lain lagi. Pelanggan boleh menginap minimum satu malam. Kadar sewaan lebih tinggi berbanding sublet yang biasa.

 (2) SUBLET

Rumah yang dipilih adalah rumah kediaman yang biasa, di mana ia adalah untuk sewaan yang lebih lama jika dibandingkan dengan Sublet Premium iaitu tiga bulan hingga satu tahun. Manakala kelengkapan rumah yang disediakan adalah kelengkapan asas. Kadar sewaan yang rendah jika dibandingkan dengan Sublet Premium.

 

 

CABARAN YANG DIHADAPI  

"Pengalaman semasa memulakan bisnes ini, kami merasa agak seronok walaupun sedikit letih kerana kami terpaksa melakukan dua pekerjaan pada satu masa. Saya dan Fuad masih lagi bekerja. Pada awalnya ini adalah pendapatan sampingan. Siapa sangka berkat doa kedua ibu bapa bisnes ini mampu pergi lebih jauh dari itu. Kami sayangkan pekerjaan asal kami malah dengan adanya perniagaan ini kami mampu buktikan kepada semua bahawa generasi masa kini juga mampu buat dua kerja dalam satu masa. Insya-Allah, dengan pembahagian masa serta agihan tugasan yang saksama, kami mampu harungi segala cabaran yang mendatang. Sudah lumrah mana-mana perniagaan itu pasti ada kesukarannya di mana kami tidak dapat untuk mengembangkan bisnes kami ini, sehinggalah kami menemui beberapa cara dengan bantuan ahli keluarga serta rakan-rakan."

 

>>>Lihat! Lelaki Ini Berjuang dari Gemuk dicaci, Kini Penghias 30 Iklan Jenama Terkemuka<<<

 

 

Pernah dulu, saya tiada modal untuk memulakan perniagaan. Ya, memang malu untuk meminta duit kepada ibu bapa. Serabut ketika itu kerana dalam masa yang sama Fuad pula mengambil keputusan untuk berkahwin. Saya harus puji sifat sahabat saya Fuad kerana sanggup dahulukan duit perkahwinannya untuk perniagaan kami. Pada mulanya saya membantah kerana tarikh perkahwinan makin dekat. Saat getir sebegini Tuhan permudahkan jalan kami, perniagaan kami pula semakin ramai dikenali. Fuad pula raih kembali duit perkahwinannya di atas kerja keras kami bersama. Terharu rasanya, tetapi inilah yang dikatakan persahabatan. Susah sama susah, senang sama senang.

 

>>>TERSENTUH Baca Kisah Kematian Anak Buat Lelaki Ini Bangkit Jadi Peniaga Asam Pedas Berjaya!<<<

 

"Memang sukar pada mulanya tetapi sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang ini harus kental dalam menghadapi apa jua rintangan. Kami boleh katakan kami berdua melengkapi satu sama lain. Masing-masing ada ada kelebihan dan kekurangan yang harus kami satukan menjadi ‘team work” mampu digeruni. Ya, biar masih muda dalam perniagaan ini harapan kami sebenarnya lebih besar daripada itu. Insya-Allah, kerja keras ini berbaloi nilainya jika ia sangat membuahkan hasil."

 

"Untuk masa depan kami akan membeli beberapa unit untuk jadikan sebagai aset syarikat sahaja. Ini kerana untuk bisnes SUBLET ini perlu sentiasa servis yang terbaik dengan keadaan rumah yang cantik dan selesa untuk memberi nilai tambah kepada jenama kami serta memberi kepuasan kepada pelanggan. Apabila rumah atau kemudahan sudah usang maka nilai sewa rumah itu juga akan jatuh.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Budak Sekarang Hebat Depan ‘Keyboard’ Tapi Tak Reti Bergaul, Kita Dulu-dulu Satu Sekolah Kita Berkawan!

  • Seterus →

    “Tutup ‘Air-con’, Bukak Tingkap…” — Kata-kata Akhir Arwah Pak Yus Jambu Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir, Al-Fatihah