Aug 12, 2016 - 496

Cara Berkesan Pulihkan Rumahtangga Retak... No. 3 Paling Mujarab

Anda jangan sesekali ambil mudah hal ini teruskan usaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga anda biarpun berpuluh tahun angka sesebuah pertalian. Matlamatnya bukan saja hingga ke hujung nyawa malah kekal utuh ke Jannah.

Teks:

JIKA anda sudah lama mendirikan rumahtangga, tidak semestinya anda tidak perlu lagi untuk berusaha mengekalkan kebahagiaan rumahtangga anda. Ini kerana anda sudah terlalu yakin dengan apa yang anda ada. 
 

 
Perkahwinan itu ibarat mendirikan sebuah masjid, tanggungjawabnya tinggi dalam melahirkan keharmonian serta kelangsungan khalifah di muka bumi. Well, think again! Anda jangan sesekali ambil mudah hal ini  teruskan usaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga anda biarpun berpuluh tahun angka sesebuah pertalian, kerana matlamatnya bukan saja hingga ke hujung nyawa, malah kekal utuh ke Jannah. 

1.    Hidup Saling Melengkapi

Hidup berumah tangga tidak sama seperti hidup bujang. Segalanya harus dikongsi bersama. Perkahwinan perlukan tanggungjawab dan komitmen dari dua belah pihak. Sentiasa ingatkan diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan saling melengkapi hidup satu sama lain. Bantu pasangan anda sekiranya dia mempunyai masalah jangan pula mendesak ataupun bertikam lidah, melawan siapa besar atau siapa salah. Mengalah tidak bermakna kita kalah. 

2.    Suami Perlu Melibatkan Diri dalam Urusan Rumahtangga

Sebagai seorang suami, anda tidak boleh mengabaikan urusan rumah tangga dan menyerahkan urusan itu kepada isteri anda 100%. Di zaman moden seperti hari ini  isteri juga mempunyai kerjaya sendiri, urusan rumahtangga perlu dibahagikan sama rata antara suami isteri. Sikap toleransi membantu dalam mengekalkan kebahagiaan rumahtangga anda.

3.    Ringankan Mulut Memberi Pujian

Rajin memberikan pujian buat pasangan anda sekiranya dia berjaya dalam sesuatu perkara. Tak kira anda suami mahupun si isteri. Mulakan memberi pujian dulu. Dengan memberi pujian akan menunjukkan anda sangat menghargai pasangan anda dan berterima kasih kepadanya kerana hadir dalam hidup anda.


4.    Jangan Sering Mengungkit Kelemahan Pasangan

Jangan sering memperkatakan kelemahan anda kerana ia boleh menyumbang dalam konflik dan pergaduhan besar dalam rumah tangga. Anda perlu menerima kelemahan pasangan anda dan cuba dia untuk membantu memperbaiki kelemahannya. Secara tidak langsung ia membantu dalam memperkukuhkan rumah tangga anda. Cubalah...

5.    Elak Ungkit Mengungkit Hal Lepas

Jangan ungkit hal yang sudah lepas. Hal ini adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin. Jika anda ada membantu atau memberikan sesuatu kepada pasangan anda, jangan sesekali mengungkit. Ikhlas lah dalam setiap pemberian anda.

6.    Jaga Penampilan Setiap Masa

Jangan anda leka dengan penampilan anda. Walaupun anda sudah lama mendirikan rumah tangga, jangan anda sesekali mengabaikan penampilan anda. Pikat hati pasangan anda setiap hari dengan menjaga penampilan anda. Tampil cantik sentiasa di mata pasangan anda.

7.    Bersihkan Kamar Beradu Anda

Kekalkan kebersihan di rumah anda terutama sekali di kamar beradu. Kamar beradu dalah tempat di mana anda dan pasangan anda bermadu asmara. Oleh itu pastikan kebersihan bilik ini sentiasa terjaga dan jangan sesekali biarkan ia bersepah kerana ia boleh menghilangkan selera untuk romantik.


8.    Mulakan Langkah Dahulu

Sebagai isteri janganlah anda terlalu pasif dalam perhubungan. Sekali-sekala anda perlu aktif terutama sekali dalam perhubungan seks. Jangan tunggu dan menyerah sahaja. Jika anda aktif dalam perhubungan seks maka bertambah sayang lah suami kepada anda.

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Kenapa Pandelela Rinong Cemerlang di Rio?

  • Seterus →

    Atlet Ini Buktikan Dia Mampu Tandingi Idolanya Sehingga Bergelar Juara