Jun 11, 2018 - 166

Terlelap 2 SAAT Boleh Membunuh, Allahu! Bahayanya ‘Microsleep’ — Anda Kena Baca Sebelum Balik Raya

Baru-baru ini tular rakaman video kereta MyVi biru yang secara tiba-tiba memasuki jalan bertentangan dan merempuh sebuah kereta berwarna putih di Jalan Kg Merchong, Rompin. Ini ingatan untuk InTrenders yang memandu pulang berhari raya.

 

Teks: Norhaizan Ahmad

 

 

 

 

 

KALIAN mesti sedang bersiap-siap pulang ke kampung halaman, bukan? Tinggal tiga hari nak raya sudah tentu jalan raya mahupun lebuh raya di Malaysia sesak kerana masing-masing memandu pulang ke kampung halaman. 

 

Namun pernahkah InTrenders mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja kepala terhantuk pada stereng? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan ini dipanggil microsleep.

 

 

4 Perkara Anda Perlu Tahu Fasal ‘Microsleep’

Tahukah Anda 1...

Microsleep didefinasikan sebagai tidur yang singkat. Namun ia tidak sama dengan ‘napping’. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

 

Tahukah Anda 2...

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal sama ada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk ‘monotonous’. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

 

Tahukah Anda 3...

Microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ia berlaku semasa anda sedang menghadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

 

Tahukah Anda 4

Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioural microsleep) yang mengakibatkan kemalangan ataupun hampir kemalangan.

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com

 

 

Tertidur Semasa Memandu

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di United Kingdom dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20 peratus kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga daripada jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini.

 

Dilaporkan di Amerika Syarikat sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1,500 kematian di jalan raya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55 peratus pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsiness) dan 23 peratus mengaku pernah tertidur semasa memandu.

 

2 Ingatan Buat Pemandu yang Pulang Berhari Raya

Pesanan 1

Adalah amat penting bagi InTrenders yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung halaman dan melawat sanak-saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.

 

Pesanan 2

Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com

 

 

 

Bila Mengantuk, Apa yang Perlu InTrenders Lakukan? 

Kalau dah mengantuk, bawa-bawalah tidur InTrenders! Ya, power napping sangat membantu. Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15 – 30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengah hari.

 

Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia sudah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zohor.

 

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan daripada segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15 – 20 minit sahaja.

 

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih daripada itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengah hari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat ‘loading’. 

 

Akhir kalam, berhati-hati di jalan raya dan selamat memandu. Ingatlah, DUA SAAT TERLELAP sudah cukup untuk sebuah malapetaka yang mengorbankan nyawa.

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Bila Nafsu Suami Orang Bercas-cas Pada Isteri Orang, Wanita ULAR API! — KISAH BENAR Ini Buat Ramai Terkesima

  • Seterus →

    Tajuk: Carta 10 Kuih Raya Paling Malar Segar — Beraya Nanti Jangan Lupa Makan Ya!