Jan 24, 2017 - 5387

5 Tips Kembara Mira Filzah ke Switzerland yang Mesti Anda Baca, No. 3 WAJIB INGAT

Panorama indah Banjaran Alps yang dilitupi ais bagaikan memanggil-manggil. Mira Filzah berkongsi momen indah itu bersama kami.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

Kredit foto :

 

 

SETELAH penat bekerja dari pagi membawa ke malam dan dari Isnin hingga ke Ahad, akhirnya selebriti muda yang namanya semakin mekar di pentas seni tanah air yakni Mira Fizah mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dengan berkelana nun jauh ke negara orang. Mengidamkan persekitaran yang indah ditemani cuaca nan sejuk, Mira memilih Switzerland sebagai destinasi kembaranya.

 

“Perjalanan kali ini saya rancang sendiri. Saya tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong mahupun agen pelancongan kerana mahu merasa elemen adventure untuk kembara kali ini.

 

Segalanya saya kaji dan pelajari menerusi Google sebelum memulakan perjalanan. Dan sebenarnya, bukanlah susah sangat kalau melancong sendiri kerana informasi yang ada di internet sudah memadai,” ujar Mira Filzah kala dihubungi baru-baru ini. 

 

 

Kredit foto :

 

“Keletihan dihambat tugasan dek menggalas nama sebagai selebriti membuat diri mahu bercuti, merehatkan minda juga badan, sebagai reward untuk diri sendiri. Sebelum bercuti ke Switzerland, hampir empat bulan saya shooting tanpa henti. Jadi, inilah masa untuk saya memanjakan diri.” 

 

“Kembara saya bermula di London, kemudian saya terbang ke Switzerland dan seterusnya menaiki kereta api dari Geneva ke Zermatt. Destinasi seterusnya, saya menuju ke St. Moritz, Tirano, Lugano dan Luverne yang membuat diri sangat teruja. Ajnas keindahan menjamu pandangan sepanjang perjalanan meniti dari satu destinasi ke satu destinasi.

 

Sama ada keindahan alam semula jadi mahupun seni bina bangunan yang tegak berdiri mewarnai setiap kota yang dilawati. Semuanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!” 

 

Kredit foto :

 

 

“Buat pengetahuan InTrenders, saya bukan jenis yang ‘kaki shopping’. Kalau kembara, saya hanya beli item yang perlu sahaja misalnya cenderahati buat diri ataupun keluarga. Ini kerana kecintaan saya yang lebih memihak untuk bercanda sama keindahan alam semula jadi. Di Switzerland, saya berpeluang menjelajah setiap ceruk destinasi yang menyajikan kelainan yang tersendiri. Rasa tidak puas dan jika diizinkan mahu kembali berkunjung ke sini.” 

 

“Saya terpesona dek kedamaian kala beristirehat di pinggir tasik di Switzerland. Bermain salji di banjaran Alps juga momen yang membuat tubuh yang letih kembali cergas. Hati yang berbunga riang semakin hangat pabila bebola mata tertancap dek keindahan alam ciptaan Allah SWT. Terkesima saya melihatnya, rasa macam tak mahu balik, hahaha...” kongsinya sambil mengakhiri perbualan. 

 

 

Kredit foto :

 

 

5 Tips Ketika Mira Filzah Kembara

1. Jangan terlalu teruja di tempat orang. Awasi sekeliling anda, bimbang ada mata yang memerhatikan dan ingin mengambil kesempatan!

2. Awasi barang anda setiap masa.

3. Barang-barang penting seperti pasport, wang tunai dan kad kredit disimpan di saku pakaian yang anda sarungkan, bukan di dalam beg sandang belakang. Bahaya!

5. Beli tiket di kaunter khas bukan daripada orang perseorangan yang menawarkan harga murah kepada anda.

4. Jangan lupa menyapukan pelembap pada kulit muka dan badan kerana cuaca sejuk membuatkan kulit cepat alami kekeringan. Ulang pakai jika diperlukan. 

 

 

Kredit foto :

 

 

5 'Checklist' Sebelum Mira Filzah Kembara

Pilih Destinasi Buat seberapa banyak survey mengenai destinasi yang mahu dituju. Ketahui kos percutian sepanjang berada di luar negara, hotel yang mahu didiami dan berapa jauh jarak antara satu destinasi ke satu destinasi yang mahu dituju. Ini bagi memudahkan anda memilih jenis pengangkutan yang sesuai dan masih dalam bajet anda. 

Duit Bawa duit secukupnya. Adalah digalakkan menukar matawang asing sebelum kembara.

Kad Kredit Ia penting jika berlaku kecemasan. Lagipun ada sesetengah hotel memerlukan kad kredit anda sebagai jaminan sebelum check-in. Dengan kad kredit, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, lebih selamat.

Pakaian Bawa pakaian yang selesa dan sesuai dengan iklim negara yang bakal anda lawati misalnya jaket tebal, mafla, Long John dan sebagainya jika mahu ke negara empat musim terutamanya pada musim sejuk. Bawa pakaian yang mencukupi, usah berlebih-lebih kerana berat beg yang berlebihan akan dikenakan caj oleh pihak penerbangan. 

Kasut Sarungkan kasut yang selesa misalnya sneakers, pumps mahupun sandal untuk keselesaan diri tatkala bersiar-siar menikmati keindahan negara orang. 

 

 

Kredit foto :

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Jangan Tinggalkan Anak Sendirian di Kolam Renang Walau Mereka Pandai Berenang” — Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

  • Seterus →

    Kenapa Parkir Secara Mengundur Lebih Selamat? Ini Kelebihannya, Ia Pasti Ubah Habit Anda Selepas Ini