Jun 08, 2017 - 1278
Oleh: Elfira Syuhada

Sumber foto: Instagram
SEMUANYA demi anak-anak yang tersayang. Janda aka ibu tunggal Fasha Sandha yang baru-baru ini dilanda kontroversi, nampaknya terus menjalani ibadah puasa dengan gembira di samping anak-anaknya.
Jika kita lihat pada kemas kini statusnya di laman Instagram, Fasha Sandha tidak lekang daripada memuat naik video-video pendek yang merakam bermacam-macam gelagat si anak. Walaupun kehidupannya dilanda badai, Fasha Sandha dilihat tidak lagi bersedih dengan nasibnya. Sempat juga mengerjakan ibadah Solat Tarawih dan bersahur bersama anak-anak kecilnya, yang jelas, Fasha tidak membiarkan sebarang masalah menjadi kudis dalam hidupnya.

Momen Cinta Hati Ibu: "Us. Happiness..."
InTrend himpunkan beberapa momen manis sepanjang ibu tunggal ini menempuhi bulan Ramadan bersama anak-anak permata hati.

Momen Malam Tarawih Pertama: "Ibu dan Jemyma sebelum solat Tarawih. Syukur dapat sempurnakan 8 rakaat hari ini ditemani anak-anak ibu, Boy Daniel, Melba dan Kak Nor untuk malam pertama. Syukur alhamdulillah. Selamat menyambut Ramadan buat semua yang membaca. Maaf Zahir dan Batin."

Momen Bersahur: "Kita bangun soq, depa pun kalut nak soq juga. Seronok makan ramai-ramai. Manja ibu ni..."

Momen Jemyma Meneman Ibu: "Anak dara ibu keletihan. Kesiaaaannnn..."

Momen Jemyma Gigih Bantu Ibu: "Anak dara ibu tolong ibu mengemas sekejap…"

Momen Kesyukuran: “Salam 8 Ramadan. Syukur kepada-Mu ya Allah atas segala nikmat yang diberikan…”

Momen Sebelum Sahur: "Selamat bersahur semua. Thanks Rayfal, Mahsuri dan Uncle Boy temankan ibu hari ini."

Momen Mengerjakan Ibadat Bersama Keluarga: "Baik anak ibu hari ni, tak berlari pun dalam masjid. Duduk setempat je. Bagus, alhamdulillah…"