Oct 20, 2017 - 1792

Tips ‘Selfie’ DATO SITI NURHALIZA yang Paling MELETOP — Anda Mesti Cuba Kalau Mahu Banyak 'Like'

Penyanyi nombor satu negara antara selebriti kesayangan ramai yang sememangnya suka ber’selfie’ atau berswafoto. Ini tips 'Selfie' Tok Ti.

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

 

 

 

PENYANYI nombor satu negara antara selebriti kesayangan ramai yang sememangnya suka ber’selfie’ atau berswafoto. Raut wajah Dato’ Siti yang bersahaja membuat followers teruja menatap foto terbaru di laman sosial miliknya. Ini tips Dato’ Siti yang anda boleh cuba.

 

 

Biasanya bila waktu yang paling ‘best’ untuk Dato’ Siti ‘selfie’?

Biasanya Siti tak kisah, jika tidak sibuk, sama ada tengah menunggu giliran untuk show ataupun di dalam kereta.

 

 

Gambar ‘selfie’ Dato’ Siti yang paling banyak dapat ‘like’?

Kenapa? Siti tak ingat, banyak sangat gambar yang Siti muat naik tetapi biasanya gambar close-up Siti yang ramai 'like'.

 

 

 

 

Lima tips ‘selfie’ yang cantik daripada Dato’ Siti?

Hehehe... Siti tak ada tips, Siti jenis snap je, mana okey Siti upload foto itu di akaun Instagram misalnya. Tetapi apabila dah bersiap dengan mekap, kita dah pakai proper, rasa lebih cantik biasanya.

 

 

‘Selfie idol’ yang paling  Dato’ Siti minat atau suka tengok?

Suka tengok gambar-gambar Miranda Ker, model antarabangsa.

 

 

 

 

 

Selalunya lagi ramai yang kutuk atau puji?
Siti tak kisah tentang kutuk atau puji sebab Siti faham, apabila kita muat naik sesuatu di Instagram, akan adalah macam- macam komen. Reda sajalah...

 

 

Foto ‘selfie’ yang dipos, kebanyakannya original atau Dato’ sudah edit?

Ada kedua-duanya, jika nak tambah efek boleh saja edit dengan application yang dah sedia ada di telefon.

 

 

 

 

Komen Dato’ tentang ‘selfie’ yang bisa timbulkan kontroversi?

Biasanya tentang penampilan, biasalah dengan komen yang macam-macam. Jika menjatuhkan maruah biasanya Siti delete atau komen yang keterlaluan, adakala Siti blocked terus.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    SUAMI Kita BUKAN Hak Cipta Terpelihara — Isteri Jangan Buang Masa, Lagi Baik Sediakan Payung Sebelum Hujan!

  • Seterus →

    “Selfie Juga Harus Beri Inspirasi” — Ini Tips Swafoto Paling Penting daripada RATU SELFIE, NEELOFA