Sep 19, 2017 - 409

“JANGAN Sampai Anda Kena Ketuk ‘Kaw-kaw’!”— Ini TIPS Berguna UYAINA Kalau Makan Angin di Bumi Arab

Memang seronok makan angin di negara orang. Tapi beringat-ingatlah. Ini tips berguna daripada hos TV, Uyaina Arshad yang anda mesti ambil tahu sebelum terbang ke Mesir.

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

FIGURA yang bersiaran saban minggu untuk segmen TV3 Nona iaitu Uyaina Arshad mengambil peluang bercuti panjang dan kembara ke Mesir bagi menatap keindahan bumi nan gersang, yang cukup berbeza dengan tanah air sendiri. Bersama teman-teman, dia menimba sebuah pengalaman berharga di perantauan.

 

Kembaranya bermula di kota Cairo yang menjadi tunggak pemodenan di Mesir. Sebagai ibu negara, segala aktiviti sama ada perniagaan, politik, kebudayaan mahupun sosial banyak tertumpu di sini. Peluang menjejakkan kaki di kota ini digunakan sebaik-baiknya untuk melihat-lihat keindahan seni bina misalnya Mar Gargis Coptic Church, Saint Virgin Mary’s Copic Orthodox Church yang juga dikenali sebagai Hanging Church, serta lorong-lorong yang menjadi nadi kepada kota ini. 

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Asyiknya Saksikan Matahari Tenggelam di Padang Pasir yang Bersinar Keemasan 

Perjalanan Uyaina diteruskan pada hari kedua dengan memulakan perjalanan ke Fayoum yang dianggap sangat mencabar disebabkan cuaca panas terik dan daerah ini kering-kontang. Pun begitu, Uyaina berasa teruja dapat mengikuti Fayoum Oasis Adventure yang menawarkan lawatan meninjau sekitar padang pasir, sand-boarding, melawat Jabal Medawara juga menyaksikan matahari terbenam. “Sunset is mesmerizing. Terlalu hebat ciptaan Allah. The view that took my breath away,” ujar Uyaina.

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Piramid Memang Ciptaan Manusia yang Ajaib

Hari ketiga membawa Uyaina menyelusuri kota Alexandria. Daerah ini juga menawarkan momen indah dengan menyaksikan binaan bersejarah iaitu The Roman Theatre, Citadel of Qaitbay dengan hiasan jubin bercorak pancawarna, Masjid Nabi Daniel, Kubu Saladin al-Ayyuby dan banyak lagi.

 

Perjalanan diteruskan ke Old Cairo yang menyaksikan aktiviti perniagaan yang dilakukan di sepanjang Muiz Ad Dinillah Street. Aneka cenderahati dan aksesori ada ditawarkan, malah buah-buahan seperti delima turut dijual di sini. Yang seronoknya, Uyaina sempat bermain bola dengan kanak-kanak tempatan. Selain itu, Uyaina juga sempat berkunjung ke The Wall of Al-Qahira.

 

Dan tidak sah kembara ke Mesir jika tidak mengunjungi The Great Pyramid of Giza. Deretan piramid melatari padang pasir yang gersang. “Terpesona melihat binaan kuno yang kekal utuh hingga hari ini. Sambil-sambil melihat piramid, menunggang unta juga antara aktiviti yang ditawarkan kepada pelancong di sini.”

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Bukan Lagi Dalam Filem, Mumia Kini di Depan Mata 

Lawatan ke Citadel of Sultan Saladin al-Ayyuby dan Mosque of Muhammad Ali memang mengujakan. Ya, seni bina yang cantik membuat Uyaina ralit sepanjang hari berwisata di sini. Dan sebelum pulang ke tanah air, Uyaina sempat berkunjung ke Egyptian Museum yang mempamerkan barisan mumia yang menjadi ‘kunci’ kepada peradaban kuno yang bermula di negara padang pasir ini.

 

 

 

Sumber foto: Ihsan Uyaina Arshad

 

 

 

Ini 3 Tips Uyaina Arshad Kongsi Jika Anda Melawat Giza

TIPS 1 Jangan Sampai Anda Kena ‘Ketuk’ Sebab Tak Faham Bahasa Arab 

Pastikan anda kembara dengan orang yang fasih berbahasa Arab. Sebab, kalau anda tak pandai cakap Arab, memang kena ‘ketuk’ kaw-kaw.

 

TIPS 2 Awas Muslihat Licik! Ada Pula yang ‘Terlebih’ Nak Berbudi

Kalau ada orang Arab terlebih baik dengan anda, dia ada dua niat sahaja; dia nak menggoda anda atau dia nak duit anda. Jadi, berwaspadalah terutamanya gadis-gadis, jangan senang percaya!

 

TIPS 3 Jaga-jaga Dengan Dompet dan Telefon Bimbit Anda, Kalau Tidak…

Jaga beg anda. Pastikan telefon bimbit, duit dan barangan berharga disimpan dengan baik, jangan tunjuk duit depan orang! Kalau boleh duit kecil letak di dalam poket. Dan duit besar, simpan di dalam ruangan berzip di dalam beg anda. Penyeluk saku ada di mana-mana!

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Jangan Suka Beri Anak Makan Mi Segera, Makan Jajan — Ini RAHSIA Anak Cemerlang Dunia dan Akhirat

  • Seterus →

    Rahsia Hanis Zalikha & Hairul Azreen Didik Yusuf Supaya Tak Takut Air, Ibu Bapa Perlu BACA Ini