May 08, 2018 - 3616

Jangan Cabar Takdir Allah Fasal Jodoh — Kisah Pasangan Ini Pasti Buat Kalian Insaf, Cuba Baca

Taasub dengan ‘game jodoh’ untuk mencari cinta hatinya. Akhirnya permainan tersebut telah menemukan mereka. Ingin tahu apa kesudahan kisah cinta mereka, baca ini.

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

 

 

 

 

PERMAINAN jodoh yang tidak disangka-sangka akhirnya menjadi kenyataan. Benarkah Jodoh Hak Milik Allah? Semuanya akan terjawab dalam filem ini. Filem adaptasi novel Jodoh Hak Milik Allah ditayangkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 10 Mei 2018.

 

Filem ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Dato' Aaron Aziz, Amyra Rosli, Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir. Ia berkisarkan tentang cinta, pengorbanan serta keluarga.

 

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

 

 

 

SINOPSIS:  Mengisahkan tentang Marissa yang taasub dengan ‘game jodoh’ untuk mencari cinta hatinya. Permainan tersebut telah menemukannya dengan Hans.

 

Marissa adalah anak tunggal kepada Ds Anuar dan Ds Rafidah iaitu pasangan diplomat Malaysia di Dubai. Marissa yang baru selesai pengajian ijazahnya sedang dalam tempoh bercuti, maka masa diluangkan dengan bersiar-siar di sekitar Dubai.

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

 

 

 

Manakala Hans, seorang pengarah syarikat pengiklanan sedang bercuti di Dubai. Dia sering terserempak dengan Marissa yang turut mengunjungi tempat-tempat pelancongan di sana. Lantas Hans memberanikan diri untuk berkenalan lalu disambut mesra Marissa.

 

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

 

 

 

Perkenalan ini membuatkan Marissa menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kepada Hans sepanjang dia berada di Dubai. Sebelum kembali ke Malaysia, Hans yang mula selesa dengan Marissa cuba meminta nombor telefonnya.

 

Marissa mulanya enggan dan dia yang begitu taasub dengan permainan ‘game jodoh’ membuat beberapa ujian untuk menguji hati Hans.

 

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

 

 

 

Marissa mengambil duit RM50 dan menulis nombor telefonnya di duit tersebut dan meminta Hans menulis nombor telefonnya juga. Marissa juga mencabar Hans untuk bertemu dengannya di tempat yang dijanjikan.

 

Adakah mereka telah ditakdirkan untuk bersama? Untuk ketahui penamat kisah ini, jangan lupa tonton filem ini ya!

 

 

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Global Station Sdn Bhd 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Siapa Reem Shahwa? — Wanita Ini BIDAS Persepsi Lelaki Tentang Wanita dan Bola Sepak, Baca Ini

  • Seterus →

    ZAYAN, Promosikan Gaya Hidup Muslim Kontemporari, Ada Lin Ariffin — Cuba Dengar 104.9FM!