Jul 22, 2016 - 71

Miranda Kerr Memilih CEO Snapchat Sebagai Pasangannya

Akhirnya teka-teki percintaan model Miranda Kerr bersama CEO Snapchat, Evan Thomas Spiegel terjawab jua..

Teks : Athirah Zulkifli 
Instagram :


Supermodel Miranda Kerr sudah bersiap untuk mendirikan rumah tangga. Model cantik kelahiran Australia telah mempamerkan cincin pertunangnya dengan CEO, Snapchat, Evan Spiegel. 
 



Menerusi akuan instagramnya, Miranda memuat naik foto yang menunjukkan cincin berlian dari pertunangannya dengan Evan. Menariknya, Miranda menambahkan ilustrasi yang menggambarkan Evan melutut melamar Miranda bersama seutas cincin berlian dengan ayat Mary Me!.Ekoran penguguman itu, Miranda mendapat ribuan ucapan di seluruh dunia atas pertunangannya. Tahniah! 


 

Foto : US magazine 


Miranda Kerr dan Evan Spiegel telah bercinta selama dua tahun, malah ini akan menjadi pernikahan pertama untuk Evan dan kali kedua buat Miranda. Sebelum ini Miranda telah bernikah dengan Orlando Bloom, hasli perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Sah Akhirnya! Amyra Rosli & Amar Baharin Tersuka Tanpa Sengaja…

  • Seterus →

    Filem Wonder Women Mendapat Sentuhan Pengarah Wanita