May 02, 2017 - 18093

Lelaki Kacak Ini Bikin Mata NEELOFA Tak Berkelip Memandangnya — SIAPA DIA yang Lofa Panggil ‘True Love?

Selepas episod cintanya bersama Fattah Amin lenyap, tiba-tiba muncul jejaka kacak cuba mencuri hati Neelofa dengan renungan paling romantis. Siapakah jejaka itu?

 

Oleh: Athirah Zulkifli

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

BARU-baru ini, Neelofa telah memuatnaik beberapa fotonya bersama seorang lelaki kacak di Instagram. Tenyata gambar tersebut menjadi tanda tanya netizen siapakah lelaki kacak itu? Adakah ia teman lelaki baru Neelofa? 

 

Setelah diselidik, jejaka kacak itu bukanlah teman lelaki baru Neelofa. Rupanya jejaka yang memiliki wajah iras Pan-Asia ini ialah Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan atau nama pentasnya, Miller Khan, seorang pelakon dan model yang terkenal di Indonesia.

 

Mungkin ada yang tidak mengenalinya. Untuk pengetahuan umum, sebelum dia berhijrah dari bumi Malaysia untuk meluaskan bakatnya di Indonesia, Sepet adalah filem terawal lakonan Miller Khan. 

 

 

 

Kredit foto: Instagram 

 

 

 

Kini, Miller Khan kembali ke Malaysia bagi menjayakan kempen raya terbaru Naelofar Hijab yang digerakkan dengan hashtag #NHTrueLove. Menariknya, kempen ini berkonsepkan true love, yang mana Neelofa dan Miller Khan menjayakan watak bagaikan sepasang kekasih yang sedang hangat dilamun cinta. 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram 

 

 

 

Siapa Miller Khan? Anda Pasti Ternganga Melihat Foto-foto Ini

Kami berkesempatan meneropong akaun Instagram milik jejaka ‘hot’ pilihan Naelofar Hijab ini. Anda nak tahu siapa dia di dunia realiti?

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram 

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram 

 

 

 

 

 

 

 

Kepada para peminat #Lofattah, janganlah pula berpatah hati dan menganggap Neelofa sengaja bermain cinta. Kesemua ini dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja semata-mata. 

 

Yang pasti, kami menjangkakan penangan kempen #NHTrueLove ini pasti akan melonjak ke langit! Mengapa? Kerana Miller Khan yang ‘hot’ dan kacak itu pasti memberi kelainan dan impak luar biasa pada wajah kempen ini.

 

Ayuh kita nantikan saja apakah kesudahan pencarian cinta Neelofa dan hijab-hijabnya. Semoga Neelofa terus dimurahkan rezeki, terus menjadi suri niaga yang disegani dan bertemu lelaki pujangga hati yang telah Allah tentukan sebagai jodoh terbaik buatnya.  

 

 

 

Kredit foto: Instagram  

 

 

 

 

Kredit foto: Instagram  

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    8 Momen Indah Ijab Kabul Che Puan Juliana Evans Bersama Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj

  • Seterus →

    Kisah Hidup DATUK RIZALMAN Kini di Kaca TV — Beliau Individu Asia Pertama diangkat Life Inspired!