Apr 15, 2017 - 2497

Sumber foto: Instagram
Kenangan di waktu kita mula berkenalan tetap mekar di ingatan
Gambar ni masih elok tersimpan, kita kat PCB
Abang melamar nak bertunang
Pantai yang sama, tempat yang sama, pasangan yang sama
Yang berbeza cuma tahun, waktu, umur, dan rupa paras kita
Pantai ini saksi ketulusan cinta kita hingga ke akhir hayat
Masa berlalu, tapi kenangan kita tak akan padam buat selamanya... selagi I masih hidup
Mungkin pantai ini juga bersedih dengan perpisahan kita
Setiap detik dan ketika waktu kita bersama tak pernah dilupakan
We treasure every moment together
Semoga kita bertemu lagi di Jannah bersama anak-anak kesayangan kita
I nak jumpa abang lagi...
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017

Sumber foto: Instagram
Wahai Tuhan yang menjadikan malam dan siang silih berganti, bulan dan bintang datang dan pergi,
Aku memohon perlindungan-Mu,
dari tersesat dan disesatkan,
dari jatuh dan dijatuhkan,
dari berbuat zalim atau dizalimi,
dari bersikap bodoh atau diperbodohkan
Sibukkan aku dalam mentaati perintah-Mu
Agar aku tidak mempunyai ruang waktu
untuk melakukan kemaksiatan terhadap-Mu
Isnin, 5 Jun 2017
7.00pm, 10 Ramadan 1438H

Sumber foto: Instagram

Sumber foto: Instagram
Abang...
Abang...
Abang...
Kenapa abang dah pergi??
Kenapa abang tinggal kan I sorang dengan anak-anak????

Sumber foto: Instagram
You are my everything abang
Anak-anak kita semuanya bijak dan berbakat, macam abang
Melihat wajah mereka, seolah-olah melihat abang dan hasil semaian kasih sayang kita selama ini
Insya-Allah, dengan izin-Nya, kita bertemu lagi di Jannah
I rindu abang, I nak jumpa abang lagi. Sunyi sangat hidup tanpa abang
Abang tunggu I dan anak-anak kita tau!!
Siang malam I berdoa agar Allah ampunkan segala dosa abang
Terima segala amal ibadah abang, sedekah abang, tempatkan abang di tempat yang terbaik, bersama orang yang beriman dan yang soleh
I nak jumpa abang lagi
Biar pun dalam mimpi, biarpun sekejap...
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017

Sumber foto: Instagram
Terima kasih abang di atas segala-galanya
Selama 24 tahun, abang telah mengajar I erti cinta sejati, kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan, kesabaran, kehidupan... dan akhir sekali qada dan qadar
Siapa kita untuk melawan takdir
Kini tiada lagi tempat mengadu, bergaduh, bergurau, bercerita, berkasih sayang
Yang ada hanya kenangan-kenangan indah yang akan kekal abadi selamanya.
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017

Sumber foto: Instagram
Today 9/4/2017
HAPPY 25th ANNIVERSARY abang
9/4/1992... hari pertama I bergelar isteri abang
Tahun lepas kita sambut kat Bali, the best moment
This year, abang kata nak pergi lagi... abang suka
Tapi tahun ini, kita rancang pergi umrah sempena 25 tahun ulang tahun perkahwinan
Abang plan nak pakai tuxedo dan duet lagu 'Hanya Satu'
Hakikatnya hari ini abang sudah tiada
Abang pergi tinggalkan I buat selama-lamanya...
I tak pernah terfikir abang akan pergi begitu cepat, tiada terduga
Selama 24 tahun, kita tak pernah berpisah lebih daripada dua minggu
Tapi kita hanya merancang
Allah penentu segalanya
I sayang abang kerana Allah, dunia akhirat, saudara-mara, kawan-kawan sayang abang
Tapi Allah lebih menyayangi abang
Dia lebih tahu, Dia ambil abang terlebih dahulu, semoga abang tenang di taman-taman syurga yang lebih indah dari dunia ini
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa suamiku, tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman dan soleh
Semoga kita bertemu lagi di sana
Abang tunggu I tau... I nak jumpa abang lagi... rindu abang
I akan ingat pesan-pesan abang, I janji kena kuat demi untuk menjaga peninggalan abang iaitu zuriat-zuriat kita
Mereka juga rindukan papa
Semoga kita sekeluarga dapat bertemu lagi di syurga
Insya-Allah
Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pulang
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017

Sumber foto: Instagram
Anak kecil ini bertanya, "Mana papa? Bila papa nak balik?"
Sabarlah anak-anak mama, papa sentiasa di hati kita
Semua ini adalah kenangan untuk saya tatapi, bukan meminta simpati, apatah lagi dicaci
Malah sedikit sebanyak ia memberi ketenangan bila perasaan diluahkan selain kepada Allah
Di setiap solat, di setiap sujud, tiap kali baca Al-Quran, tahlil dan doa
Inilah ubat yang paling mujarab
Masih terngiang-ngiang di telinga ini abang selalu pesan, hidup ini kena pegang 3 perkara:
1) SOLAT
2) SABAR
3) SYUKUR
Insya-Allah, I akan ingat semua pesan abang satu persatu dan manfaatkan untuk semua, terutama sekali anak-anak kita
Mereka sudah jauh berubah dan menerima hakikat bahawa, mereka adalah anak-anak yatim dan saya adalah ibu tunggal yang bercerai mati
Semakin hari semakin pedih, pilu dan perit namun kami bangga dan reda
Abang insan terpilih yang dijemput dengan cara yang terbaik, pagi Jumaat, waktu Subuh yang cukup tenang
Ya Allah, ampunilah segala dosa suamiku
Terimalah segala ibadahnya, jauhilah dia daripada segala azab, tempatkanlah dia di dalam syurga-Mu, ya Allah
Kami juga akan menyusul nanti
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017

Sumber foto: Instagram
Tiap-tiap malam sebelum tidur, I akan mengadap tengok abang buat kerja, preparation untuk meeting, main piano, update IG, borak, ketawa dan layan Snapchat
Seronok kan bang?
Kadang-kadang bila terlalu letih abang akan terlelap kat situ
Sekarang ni, kerusi ini menjadi peneman, pengganti abang
Syukur ya Allah kerana memberi pinjam seorang insan yang sangat istimewa, Johan Nawawi
Walaupun 24 tahun berkahwin, cinta kita tak pernah padam
Orangnya simple tapi penuh senda gurau
Cinta kami bukan pada harta tapi kerana Allah
Cinta yang tidak bersyarat
Kita bertemu dan berpisah kerana Allah
Kita sering remind each other tentang mati, tapi I tak pernah terlintas dan terfikir bahawa abang akan pergi terlalu awal, sangat mengejutkan
Takkanlah, demam sikit pun orang boleh meninggal kan??
Tapi Allah punya kuasa, Dia lebih mengetahui
Abang tinggalkan I tanpa pesan terakhir
Anak-anak masih memerlukan kasih sayang seorang ayah
I belum puas bersama abang
Abang adalah dinding hidup I
Abang juga segala-galanya
Cinta abang sangat hebat dan terlalu dalam
Maafkan I, sekiranya berdosa pada abang selama ini
Tenanglah abang di sana, bersama orang-orang yang beriman dan soleh
Kami juga akan menyusul nanti
I nak jumpa abang lagi...
Al-Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017
APA YANG KITA HARUS BUAT APABILA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG?
Kita harus sentiasa ingat dan mempercayai, bahawa sesungguhnya kematian adalah perkara yang pasti bagi semua manusia yang bernyawa di muka bumi. Tidak kira lambat atau cepat datangnya Malaikat Maut, kematian pasti akan datang. Persoalan-persoalan seperti bila, bagaimana, di mana, kenapa — semua itu adalah kerahsiaan Allah SWT. Kerana sesungguhnya, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
“Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum…” yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemuimu…”
"Kullu nafsin zaaiqatul maut…” yang bermaksud: “Setiap jiwa akan merasai mati…”
Allah SWT ada berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Sumber foto: Instagram
BOLEHKAH KITA MENANGISI KERANA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG?
Ya, kita boleh menangis kerana kehilangan insan yang paling kita sayangi. Namun begitu, kesedihan itu janganlah berlanjut-lanjutan, seolah-olah kita tidak merelakan pemergiannya. Nurani yang tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi. Insan yang tenang, tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian kematian adalah insan yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.”
APA HARUS KITA LAKUKAN JIKA SI MATI MENINGGALKAN WASIAT ATAU PESAN?
Sebaik-baiknya, jika berkemampuan, tunaikanlah hasrat si mati. Sekiranya kita pernah memasang impian bersama untuk mencapai sesuatu, maka janganlah kita menjadikan kematian pasangan kita itu sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut.
Sebaliknya, kita harus bangkit, menguatkan hati dan mencekalkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat arwah. Insya-Allah, rohnya akan turut gembira kerana impiannya semasa dia masih hidup di dunia, akhirnya berjaya kita tunaikan.
Al-Fatihah untuk semua insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita.