Nov 01, 2017 - 4341

Perkahwinan Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Dihadiri ‘Top Stars’ Korea & China — Anda Mesti Lihat Ini

Akhirnya mereka bersatu! Pastinya perkahwinan ini paling dinanti-nantikan seluruh peminat Song Jong Ki dan Song Hye Kyo. Jom lihat foto-foto sekitar majlis perkahwinan ‘SongSong Couple’ ini.

 

 

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

 

 

PASANGAN selebriti paling popular, Song Jong Ki dan Song Hye Kyo telah pun melangsungkan majlis perkahwinan di Shilla Hotel, Seoul. Majlis perkahwinan tersebut diadakan secara tertutup yang dihadiri seramai 300 tetamu termasuklah ahli keluarga serta sahabat rapat pasangan ini.

 

Kehadiran teman rapat pasangan ini turut memeriahkan lagi majlis. Kebanyakan yang hadir adalah ‘Top Stars’ Korea dan China antaranya Aktres China, Zhang Ziyi, Yoo Ah-in, Lee Kwang-soo, Choi Ji Woo, Park Hyung Sik, Park Bo Gum, Kim Min Suk, Super Junior’s Donghae, Kim Ji Won dan ramai lagi.

 

Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCoupleWedding telah menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan. Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.

 

 

 

 

Lebih menarik gara-gara perkahwinan Song Jong ki dan Song Hye Kyo, bilik Shilla Hotel yang menghadapa permandangan bandar Seoul telah ditempah sepenuhnya oleh peminat yang mahu melihat majlis perkahwinan ‘SongSong Couple’ yang diadakan di sebuah taman Youngbingwan di hotel tersebut.

 

Menurut sumber hotel tersebut, kadar penghuni meningkat dari biasa dek kerana peminat dan para media turut sama menempah bilik di hotel itu demi untuk menyaksikan perkahwinan mereka.

 

Di lokasi perkawinan tersebut, seramai 200 peminat Korea dan antarabangsa, majoriti dari China telah berkumpul untuk cuba melihat akan perkahwinan bintang terkenal itu. Gara-gara ‘SongSong Couple’ peminat sanggup lakukan apa-apa sahaja demi mendapat berita tentang perkahwinan pasangan ini.

 

Ayuh lihat foto sekitar majlis perkahwinan Song Jong Ki dan Song Hye Kyo

 

 

Kredit foto: Blossom Entertainment, UAA

 

 

 

 

Kredit foto: Blossom Entertainment, UAA

 

 

 

Kredit foto: Blossom Entertainment, UAA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Tahniah! RAIN dan KIM TAE HEE Dikurniakan Bayi Perempuan

  • Seterus →

    Foto Eksklusif Pernikahan IZARA AISHAH & ADIB KHALID yang Gah & Cantik — Anda Harus Lihat Ini!