Mar 10, 2017 - 5471
Oleh: Athirah Zulkifli
KEMUNCULANNYA menjadi fenomena industri seni. Malah kedua-dua muzik videonya berjaya mengaut tontonan melebih 50 juta tontonan. Hebat! Apa yang menjadikan penyanyi muda ini digilai ramai sehingga di dihadiahkan sebuah kereta mewah? Ini yang menjadi persoalan.
Baru-baru ini, penyanyi Aiman Tino menerima ganjaran hadiah sebuah kereta mewah jenama Audi R8 yang bernilai RM1 JUTA. Hadiah yang diterima Aiman dikhabarkan sebagai satu ganjaran buatnya bersempena pelancaran produk kecantikan keluarannya, yang dipanggil Sweet Aiman.

Kredit foto: Google
Selain mendapat hadiah kereta mewah berharga RM1 JUTA, istimewa, Aiman juga menerima seorang pemandu peribadi. Wow! Adanya pemandu peribadi ini adalah untuk memudah cara Aiman apabila dia dikehendaki hadir ke satu-satu majlis promosi produk atau pun untuk ke lokasi persembahan.
Kereta mewah tersebut dihadiahkan oleh Pengarah Urusan Wonder Cosmetic (M) Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin iaitu rakan strategik dalam menghasilkan produk Sweet Aiman. Malah, majlis penyerahan kereta Audi R8 itu bakal dilangsungkan pada 23 Mac ini di pasar raya Mydin di Senawang, Negeri Sembilan.
Masalahnya, Aiman Tino Tak Reti Pandu Kereta, Benarkah?
Menurut Aiman, meskipun dia tidak boleh memandu, Aiman tetap berhasrat untuk mengambil lesen sesegera mungkin, agar dia boleh memandu kereta itu sendiri. Malah, dia mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan kurniaan itu. Adoi dik, bertuahnya badan!
Selain itu, menurut Datuk Ryzal Jamaludin lagi, pemberian kereta ini umpama satu suntikan semangat buat Aiman Tino agar dia berusaha lebih lagi dalam bidang perniagaan dan karier seni. Nampaknya tahun 2017 menyaksikan perjalanan karier Aiman Tino memberi permulaan rezeki yang amat baik. Pesan kami, jangan lupakan orang yang pernah membantu anda sewaktu mula naik dulu. Dan jangan lupa juga berkongsi kesenangan! Tahniah dik!