Dec 19, 2017 - 762
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
PASTINYA berita ini amat dinantikan buat semua peminat Taeyang dan Min Hyo-rin. Pasangan selebriti K-Pop yang menjadi kegilaan ramai ini, bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Februari 2018.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Teayang sendiri menerusi laman media sosial, Instagram dengan memuat naik foto bersama kekasihnya.
“Hello semua, ini adalah Taeyang. Hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira dan istimewa dalam hidup saya kepada kamu semua.
“Saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan hidup saya bersama Min Hyo Rin, seorang wanita yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah atau senang selama empat tahun lalu.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menganggap saya seperti keluarga.
“Kepada semua anggota BIGBANG, YG Family dan mereka yang saya pernah bertemu serta bekerja bersama, saya ingin ucapkan terima kasih.
“Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan dan restu kepada kami berdua,” tulisnyan
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
Memetik laporan Soompi, wakil agensi kedua-dua mereka telah mengesahkan perkara tersebut. Mereka akan berkahwin sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan. Malah majlis perkahwinan mereka akan diadakan sederhana.
Taeyang dan Min Hyo-rin mengaku bercinta pada tahun 2015 setelah berkenalan pada tahun 2013 ketika menjalani rakaman video muzik bersama.
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
Kredit foto: www.dispatch.co.kr
Kredit foto: www.dispatch.co.kr