Jul 24, 2018 - 678

10 Tips Cantik Buat Wanita ‘Berisi’ yang Boleh Anda Ikuti — Tips No.6 Paling Berkesan!

Montok? Montel? Gebu? Berisi? Apa sahaja julukan yang diberi kepadamu, terima saja kerana adakala kamu lebih istimewa daripada yang biasa-biasa.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

1. Kebanyakan wanita berisi mempunyai kulit wajah yang cantik. Syukur. Selain daripada mengamalkan rutin penjagaan kulit asas, carilah serum yang berfungsi menganjalkan wajah untuk mengelakkan kulit mengendur.

 

 

2. Setiap kali mengaplikasi serum ke wajah, jangan lupa urut-urut lembut wajah dengan cara menghala ke atas. Lakukan ulangan beberapa kali terutamanya di bawah dagu untuk mengurangkan masalah dagu berlapis.

 

 

3. Masalah dagu berlapis juga boleh dielakkan dengan mempraktikkan cara tidur yang betul. Elakkan tidur dalam posisi dagu mencecah leher. Tinggikan sedikit bantal agar wajah dalam keadaan tegak.

 

 

4. Sesekali buatlah senaman wajah dengan mengunyah gula-gula getah atau menggerakkan struktur mulut. Nganga mulut besar-besar dan tegangkan mulut atau sebut huruf A, E, I ,O dan U secara berulang- ulang sebaik bangun pagi.

 

 

5. Untuk penjagaan kulit wajah, amalkan melakukan skrub atau lulur badan dua ke tiga kali seminggu. Sental bahagian berlipat seperti ketiak, celahan paha dan leher untuk menyingkirkan daki dan sel kulit mati agar kulit badan lebih mulus.

 

 

 

 

 

 

 

 

6. Amalkan senaman ringan empat ke lima kali seminggu. Jika tidak punya masa untuk ke gimnasium, cukuplah dengan berjalan laju atau naik turun tangga. Senaman bukan hanya untuk mendapatkan tubuh langsing tetapi bagi yang bertubuh besar, ia penting untuk memberikan kamu stamina dan melancarkan peredaran darah dan pernafasan.

 

 

7. Banyakkan minum air masak dan elakkan yang bergula. Jika teringin, gantikan dengan stevia. Sehari sekali, amalkan minum teh hijau panas. Teh hijau mengandungi 10 kali jumlah antioksidan yang boleh didapati pada buah dan sayur. Ia mampu mengawal berat badan, mengurangkan kolesterol dan menyegarkan pernafasan.

 

 

8. Kamu juga boleh membuat minuman halia yang dicampurkan madu yang diminum suam. Minuman ini bagus untuk membuang angin dalam badan.

 

 

9. Sesekali manjakan diri di spa dengan melakukan rawatan mandi lulur dan mengurut badan. Ulang rawatan dua minggu sekali sudah memadai. Selain untuk mengembalikan kecantikan diri, rawatan di spa dan mengurut badan juga dapat menenangkan jiwa lantas menerbitkan aura positif dan memberi keyakinan diri.

 

 

10. Walaupun berbadan besar, kemaskan bahagian perut dengan memakai bengkung. Korset sudah mula dipakai oleh orang dahulu sejak era 1500 lagi. Ia diperkenalkan oleh wanita Perancis bernama Catherine de Medici untuk mendapatkan bentuk pinggang ramping dan korset menjadi pakaian dalam wajib bagi wanita Perancis ketika itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Kuasa Mekap ‘Bedah’ 10 Wajah Selebriti yang Perlu Anda Lihat — Jangan Terkejut!

  • Seterus →

    Cantiknya Anak Julia Rais — YM Tengku Iman Saat Bergelar Pengantin