Feb 21, 2017 - 2251

Kredit foto: Arikb InTrend Malaysia
Tips Memakai Kanta Lekap Dengan Betul
1. Basuh tangan sebersih- bersihnya. Lap sehingga kering ketika kamu memakai atau mengeluarkan kanta lekap. Jangan lupa tutup penutup sinki.

2. Keluarkan satu kanta lekap dan letakkan di hujung jari untuk periksa kanta lekap. Jika ia berbentuk melengkung seperti bowl, ia berada di kedudukan betul.

3. Jika kanta lekap dalam kedudukan terbalik, titikkan air (khas untuk kanta lekap) dan terbalikkan pada tapak tangan. Periksa sekali lagi untuk memastikan ia betul.

4. Buka kelopak mata. Usah berkelip. Gunakan jari hantu untuk menarik birai mata bawah. Dengan jari telunjuk, letakkan kanta lekap dengan lembut pada bola matamu.

Tips Simpan Kanta Lekap dengan Selamat
1. Keluarkan kanta lekap daripada matamu dengan lembut. Gunakan dua hujung jari. Lakukan berhati-hati. Usah panik jika kanta lekap melekat selepas dikeluarkan.

2. Untuk membetulkannya, titikkan air (khas untuk kanta lekap) dan gosokkan kanta lekap ke kiri dan ke kanan. Kanta lekap yang melekat pasti terbuka semula.

3. Untuk membersihkan dan mengelak daripada jangkitan, cuci kanta lekap pada kedua- dua belah (luar serta dalam) dengan air selama lima saat.

4. Simpan di dalam bekas dan tuang air (khas untuk kanta lekap). Ia tahan enam jam, berupaya membersih, reconditions, membilas, nyahjangkit serta menyimpan.
