Mar 22, 2018 - 154
Oleh: Afiza Kamarulzaman
SOLEKAN mata berkabut masih diketengahkan musim ini. Tambahkan sedikit cuitan emas di tengahnya.
Selepas – Mata kelihatan lebih galak, bertenaga dan glamor!
Sebelum – Matanya kelihatan tidak bermaya dan kuyu.
Langkah 1 – Selepas sapuan eye base, leretkan pembayang mata krayon rona hitam pada kelopak.
Langkah 2 – Ratakan warnanya dengan berus dan layangkan pembayang cokolat gelap di atasnya.
Langkah 3 – Leretakan rona yang sama di bawah garis mata hingga ke hujungnya.
Langkah 4 – Sepuhkan pembayang rona emas pada tengah kelopak mata.
Langkah 5 – Cuitkan rona hijau pekat pada hujung luar kelopak mata. Adun sempurna.
PRODUK :