Aug 01, 2017 - 851
Oleh: Afiza Kamarulzaman

1. ISLA FISHER
“Untuk mendapatkan bulu mata melentik lebih memukau, tembakkan hair dryer kepada pengepit bulu matamu dua saat sebelum menggunakannya.”

2. LUCY LIU
“Ketika menjalani penggambaran filem di Montreal, cuacanya amatlah sejuk. Jadi, saya menggunakan sedikit Aquaphor untuk mengekalkan kelembapan dan kesegaran wajah.”

3. HALLE BERRY
“Untuk mendapatkan bibir semula jadi merah jambu, saya memakai gincu merah, kemudian padamkan. Akhir sekali, sapukan pengilat bibir jernih.”

4. KATE WINSLET
“Krim mata yang bagus sangat penting terutamanya saat kamu mengembara, sibuk dan stres. Waktu inilah munculnya gegelang gelap di bawah mata.”

5. EVA MENDES
“Shimmer bronzer adalah item terbaik menyerlahkan solekanmu. Jika kamu hanya mahukan sentuhan minimalis, campurkannya dengan sedikit pelembap. Cantik!”

6. GWYNETH PALTROW
“Saya menggunakan minyak Omega-3 sebagai regim kecantikan kulit saya. Saat mengolesnya ke seluruh tubuh adalah detik yang paling menenangkan dalam hidup.”

7. ELLEN POMPEO
“Untuk aplikasi solekan mata berkabut, sapukan dahulu pelembap. Jadi, selepas mengalitkan celak, ia mudah diadun sempurna membentuk adunan mata yang semula jadi.”

8. RACHEL BILSON
“Untuk memberikan impak natural glow pada hasil solekan saya, saya suka menggemburkan bronzing powder pada pipi dan kelopak mata saya.”

9. BEYONCE
“Senyuman adalah senjata kecantikan seorang wanita. Jadi, selalulah tersenyum. Saya juga percaya pada penggunaan pelembap untuk kecantikan kulit.”

10. JESSALYN GILSIG
“Mudah saja untuk kelihatan cantik. Pilih palet dan warna yang tepat dan ingat, kamu hanya memerlukan sedikit sahaja solekan buat wajahmu.”

11. GWEN STEFANI
“Saya suka melapiskan beberapa tona berbeza warna untuk mencipta warna baru. Contohnya, gincu matte, kemudian saya tindihi dengan gincu creamy di atasnya.”

12. IMAN
“Setiap wanita seharusnya mengaplikasikan blush bronzer dan bukannya self-tanner bronzer.”
