Sep 15, 2016 - 73809

“Saya Amalkan Minum Air Rebusan Akar Kayu Sebulan Sekali” — Ini PETUA OZLYNN Naikkan Seri Wajah

Ozlynn, isteri Johan, semakin hari semakin lawa. Ini pengakuan Ozlynn.

 

OLEH:  
 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

WALAU sudah kurang ‘seleranya’ untuk kembali ligat sebagai pelakon, orangnya masih cantik. Sebenarnya, lebih cantik daripada ketika menjadi artis satu ketika dulu. Bukan mudah dia mahu menerima pelawaan majalah untuk dikongsi ceritanya, namun entah kenapa, untuk InTrend kali ini, berkata ya.

Sesuai pula dengan isu InTrend kali ini yang mengangkat para pelawak dan penghibur sebagai tema utama. Di sini isteri seorang pelawak berpengaruh pula menghiasi ruangan Rahsia Bintang. Ibu kepada empat cahaya mata, Ahmad Ariq HananiaAhmad Sodiq HananiaAhmad Haziq Hanania dan Nur Latifah Chantiq Hanania ini banyak nasihat cantiknya.

 


Baru habis pantang, tapi potongan badan sudah kembali seperti anak dara, apa rahsianya?

Selepas bersalin, saya berpantang makan selama dua tahun. Elakkan air sejuk peti ais, ais, air kordial berperisa dan air berkarbonat. Hanya air suam yang menjadi pilihan sejak zaman anak dara lagi. 

Ketika berpantang, saya memang ketat mengamalkan rutin bertangas untuk membersihkan toksin dalam badan. Tidak lupa bertungku yang baik untuk memecahkan darah-darah beku. Saya tetap makan nasi ketika tempoh berpantang untuk memberi tenaga kerana saya menyusu badan. 
 

 

Ramai memuji Ozlynn semakin hari semakin cantik, apa petua cantik harian Ozlynn?

Dari dulu lagi saya mengamalkan minum air rebusan akar kayu. Sebulan sekali mesti minum. Dan, air suam minuman rasmi. Sebotol air mineral memang sentiasa ada bersama saya ke mana-mana saja. Saya juga menggunakan Gaia Double Stemcell. Saya belum dilantik sebagai duta rasmi. Pengasasnya sekadar menyuruh saya mencuba dan selepas beberapa kali penggunaan, ternyata memang berkesan. 

Bukan setakat cantik pada wajah, badan pun jadi lebih cergas walaupun kurang rehat. Ia juga baik untuk kesihatan dalaman dan kesuburan wanita. Daripada 100 wanita yang tidak mampu mengandung, dengan izin Allah, 80 berjaya mengandung dengan mengamalkannya. 
 

 

 


Wajah Ozlynn putih kemerahan tanpa mekap tebal, berbeza daripada dulu. Komen?

Ramai cakap begitu. Ada yang kata saya cucuk Vitamin C. Tidak sama sekali. Ini memang kulit semula jadi. Kalau ada yang membezakannya dengan kulit dulu-dulu, sebenarnya dulu-dulu cara kerja saya agak lasak. 

Sebagai pelakon, memang selalu berjemur di tengah panas dengan babak-babak agresif yang memberi efek kulit gelap dan kusam. Sekarang cara hidup sudah berbeza. Masa banyak diluangkan di rumah dan di pejabat saja. Jadi, mudah untuk saya menjaga kulit wajah agar nampak cerah. 
 


Betul ke tiada buat rawatan cucuk Vitamin C? 

Saya pernah terfikir untuk melakukannya dan berkesempatan bertemu seorang doktor. Katanya, sebagai perempuan, Vitamin C dan Glutathione sangat penting untuk tampil awet muda. Tetapi, ia tidak boleh dilakukan oleh wanita yang kerap mengandung dan menyusukan anak. 

Kebetulan pula, setiap kali mahu melakukannya saya mengandung. Jadi, hasrat itu terbantut. Namun, sebenarnya wanita yang kerap mengandung bagus untuk kelihatan muda selalu. 

 


Bagaimana dengan penjagaan kulit secara luaran? 

Malu nak cerita. Saya tidak menggunakan produk penjagaan kulit yang mahal. Cukup dengan rangkaian Simple, Clean & Clear dan Neutrogena. Sebenarnya, untuk mendapatkan keserasian produk yang digunakan, bukanlah daripada harganya tetapi bagaimana kita memilih produk yang sesuai dengan kondisi kulit kita. 

Contohnya, kalau keadaan kulit saya berminyak, saya menggunakan Simple yang bersifat lebih mengeringkan kulit. Dan, apabila kulit saya kembali kering, saya bertukar kepada yang lebih melembapkan. Sebagai wanita, keadaan kulit kita sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran kitaran hormon. 
 

 

Gemar ke spa memanjakan diri? 

Oh, yes! Sebelum bersalin, saya sempat ke Spa Clarins mengambil pakej spa untuk maternity. Berurut juga menjadi rutin. Saya sukakan urut cara tradisional oleh mak cik-mak cik sahaja. 
 

 

 
 



Nasihat Ozlynn kepada wanita yang sering memberi alasan sibuk menguruskan anak-anak untuk tidak mempersiapkan diri, bercantik-cantik?

Saya tidak nampak apa masalahnya untuk setiap wanita menghias diri berkemas bersih untuk suami? Ramai kata, saya bolehlah kerja sendiri, ada pembantu rumah, duit ada. Tapi, saya ada juga kawan yang mampu serba-serbi tapi masih tidak mampu menguruskan diri dan rumahtangga dengan baik.

Saya uruskan hal rumah yang utama sendiri seperti masak dan urus anak-anak. Saya memastikan diri dalam keadaan bersih, wangi dan kemas saat menyambut kepulangan suami. Kebersihan paling utama, yang kedua barulah stail. 

 

 

 

 


 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Cheryl Samad Kongsikan 5 Solekan “Rona Bendera Malaysia” Paling Memukau. Anda Pilih yang Mana?

  • Seterus →

    Pengalaman 4 Jurusolek Mempelai: Tatarias dari Orang Umum hingga Kerabat Diraja