Apr 11, 2017 - 873

Memori Pertunangan NING BAIZURA dan OMAR SHARIF — Dari ‘Blind Date’ Jadi ‘Soulmate’

Kata Ning Baizura, mereka dipertemukan secara tidak sengaja pada majlis perkahwinan temannya di Bali. Tidak sekali Ning menyangka, pertemuan seketika boleh membuahkan cinta!

 

 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

PERKENALAN kurang daripada setahun telah menyuntik cinta di hati Ning kepada Omar. Apakah keistimewaan Omar sehingga menjadi prince charming Ning?

Kami dipertemukan di satu majlis perkahwinan teman baik saya di Bali. Beliau telah diperkenalkan oleh teman-teman. Sebenarnya Omar menjadi blind date saya ketika itu. Kami jatuh cinta pandang pertama bermula saat itu. Alhamdulillah jodoh kami rasanya telah sampai. Apabila hampir setahun mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 19 Julai 2007. 

 

Omar seorang pemalu, penyabar, sensitif, caring, penyayang, sangat menghormati ibu bapanya dan ibu bapa saya, kelakar, aktif bersukan, suka melancong dan sentiasa berfikiran positif. Omar juga mempunyai paras rupa yang sederhana dan tinggi lampai orangnya. He’s a best friend, my soulmate for life

 

 

Apa perasaan Ning apabila dua hati ini bersatu lalu cincin pun disarung mengikat pertalian pertunangan? 

Saya amat bersyukur, berbesar hati, berbangga dan terlalu gembira kerana hari pertunangan saya telah berlangsung dengan selamat. Saya percaya pada jodoh dan takdir ketentuan Maha Esa.

 

Di hari pertunangan saya bernekad menjadi isteri yang dihormati suami hingga akhir hayat, juga mahu menjadi isteri yang mulia. Bagi saya alam perkahwinan adalah suatu ketentuan Allah Taala yang suci dan murni. 

 

 

Perancangan untuk berkahwin dijangka pertengahan tahun depan. Konsep perkahwinan Ning nanti? 

Sebenarnya kami merancang satu majlis yang amat ringkas dan sederhana sahaja. Buat masa ini segalanya masih dalam perancangan. Jadi konsep masih lagi belum dipersetujui kedua-dua belah pihak. Saya dan Omar kalau boleh ingin mengekalkan tradisi Melayu dan Inggeris pada masa yang sama. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

Bagaimana persediaan daripada segi kecantikan? Apakah Ning melakukan rawatan spa ataupun facial? Bila Ning mahu mulakannya?

Saya memang percaya pada rawatan facial dan spa untuk diri saya dari dahulu lagi. Jadi rasanya tidak perlu dihentikan sampai bila- bila kerana ini adalah sebahagian daripada penjagaan kulit dan badan saya. Saya juga mengamalkan pemakanan jamu. 

 

 

Biarpun berkulit hitam manis, Ning mempunyai kompleksi kulit cantik dan sempurna. Apa rahsianya? 

Hahah... Tak ada rahsia. Cuma saya suka menggunakan produk organik untuk kulit muka, leher dan seluruh badan. Saya juga percaya pada pemakanan yang sihat. Lebihkan air mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Itu sahaja. Saya juga rajin bersenam untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

 

 

Siapa jurusolek yang mungkin Ning pilih untuk tatarias wajah di hari perkahwinan?

Saya akan mengekalkan jurusolek yang sama merias serta mendandan saya pada hari pertunangan hinggalah ke hari perkahwinan. Dia adalah Baby Elle. 

 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

Bagaimana pula solekan dan dandanan yang menjadi pilihan Ning di hari perkahwinan nanti?

Hmm... Saya mahukan stail yang ringkas tetapi chic at the same time. Susah untuk saya gambarkan. Tetapi saya percaya kepada simplicity, lebih everlasting dan bergaya. Biarpun solekan mahupun dandanan, kedua- duanya mungkin biasa sahaja. 

 

 

Apakah tips daripada Ning kepada pembaca InTrend yang bakal menjadi pengantin untuk tampil cantik dan hebat di hari perkahwinan?

Hmm... Tips saya untuk pembaca InTrend, mulakanlah dengan rawatan spa dan facial sekali dalam masa tiga minggu, senaman yang sihat dan jaga pemakanan. Lebih baik jika kita dapat mengekalkan cycle ini sebelum hari pertunangan hinggalah selepas hari perkahwinan. Insya-Allah berkekalan. 

 

 

 

Solekan Ning di Hari Pertunangannya 

 

Apa Kata Pakar: Sentuhan Kreatif Baby Elle Buat Ning 

“Kompleksi kulit wajah yang bersih dan bebas daripada sebarang kesan cela jadi kelebihan dan memudahkan tugas saya. Untuk majlis pertunangan Ning, saya mahukan Ning kelihatan lebih muda dan fresh. Tidak perlu solekan terlalu sarat ataupun over. Untuk menampakkan kejelitaan gadis timur, saya memilih earth color sebagai asas solekan. Subjek utama yang mahu difokuskan ialah pada bahagian matanya agar kelihatan lebih galak dan bercahaya.” 

 

 

 

1. Solekan heavier coverage, perlukan shading dan conturing bagi menghasilkan solekan lebih berdimensi. Bahagian yang perlu difokuskan adalah pada bahagian tulang hidung. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

 

 

2. Cream blush rona merah jambu menampakkan wajah Ning lebih glowy dan stunning. Aplikasi pada bahagian apple of the cheek supaya nampak lebih gebu. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

 

 

3. Lakukan duo blending menggunakan earth color. Bahagian dalam kelopak mata diwarnakan rona muda manakala di luar rona lebih gelap. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

 

 

4. Perhebatkan bukaan mata dengan bingkai pensel hitam pada bahagian atas garisan bulu mata. Untuk kesan lebih menyerlah larikkan sehingga ke hujung. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

 

 

5. Solekan Ning dipadankan dengan dandanan sanggul rapi pada bahagian belakang serta back comb pada bahagian atas rambutnya. 

 

 

Kredit foto: Ihsan Ning Baizura 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Siapa yang Menyolekkan Nora Danish Pada Hari Perkahwinannya Sehingga Wajahnya Cantik Bercahaya?

  • Seterus →

    Dato’ Siti, Erra Fazira & Kerabat Diraja — Mereka Pernah Dapat Sentuhan MAGIS Nurul Shukor di Hari Perkahwinan