May 15, 2017 - 36527

“Saya Makan Segenggam Nasi Beras Perang Masa Pantang 44 Hari, Berat TURUN 13 Kg!” — Faezah Elai

Lihat sahaja foto di Instagramnya, pasti terkejut akan perubahan Faezah Elai. Biarpun sudah memiliki cahaya mata, namun dia tetap kekal langsing seperti wanita belum bersalin lagi. Wah, apa rahsianya?

 

 

Oleh: Afiza Kamrulzaman 

 

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

MASIH ingat lagi dengan pelakon, Faezah Elai? Meski kini menjadi ibu masa sepenuh masa, dia tetap kelihatan cantik dan kekal langsing. Pastinya ramai tertanya-tanya, apakah rahsia dietnya?  

 

 

 

Bagaimana penjagaan ketika berpantang 44 hari itu?

Faezah mengupah bidan datang ke rumah untuk menjaga sepanjang tempoh berpantang. Bidan tersebut memang tegas dalam bab menjaga makan dan minum tetapi tidaklah seperti penjagaan orang tua dulu yang hanya makan nasi dan ikan kering semata-mata.

 

Menu Faezah biasanya pagi; bijirin dan susu, tengah hari; segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam dan mesti ada sayur! Petang; dua biji kuih dan kopi panas cair. Kopi penting juga untuk meningkatkan metabolisme.

 

Setiap menu diberi dalam kuantiti kecil sahaja, cukup atau tidak, bidan tersebut tak akan layan! Faezah rasa penjagaannya sangat berkesan kerana daripada berat badan 68kg, turun ke 55kg selepas 44 hari berpantang. 

 

 

 

 

 

Selepas berpantang, masih terus berdiet? 

Faezah memang kuat makan, hari-hari mesti pekena nasi kandar. Jadi, kena rajinkan diri mengkaji tentang diet yang betul. Faezah selalu Instagram untuk mendapatkan tips pemakanan.

 

Feazah amalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat. Menurut Kelvin, jangan ambil makanan lebih daripada 1300 kalori sehari. Tidak salah untuk makan apa pun tetapi kawal kuantiti dan kalori dalam setiap makanan.

 

Setiap pergerakan kita sehari-hari pun sudah membakar kalori dalam badan, jadi pastikan pembakaran seimbang dengan kalori yang diambil itu agar ia tidak mendap sebagai lemak berlebihan. Faezah juga tidak suka ‘jajan’ dan makanan manis. Jangan makan selepas jam lapan malam. 

 

 

 

 

 

Faezah ada masalah kulit? 

Keadaan kulit sekarang ini lebih baik berbanding dulu-dulu, ketika menjadi pramugari. Tugasan yang mewajibkan Faezah bersolek setiap hari menyebabkan kulit muka jadi sensitif. Ia jadi lebih teruk apabila Faezah sering tidur tanpa mencuci muka terlebih dulu. Sedangkan, ketika tidur pori kulit terbuka.

 

Rutin kerja yang selalu berubah-ubah dan perbezaan cuaca juga mengakibatkan kulit muka terkena bahananya. Selepas berhenti menjadi pramugari, barulah kulit semakin baik. Faezah berjumpa pakar kulit. Mulanya, Faezah diberi ubat hormon untuk betulkan dalaman. Tetapi, terpaksa berhenti mengambilnya kerana ia membuatkan Faezah gemuk!

 

Kemudian, cuba rawatan laser tetapi dengan rawatan ini Faezah harus berehat panjang kerana jika terdedah dengan matahari nanti kulit terbakar. Tetapi sekarang semakin okey, tambah-tambah selepas melahirkan anak dan Faezah ambil Stemcells. 

 

 

 

 

 

Kekal persis anak dara belasan tahun walaupun sudah berusia 30-an, rahsianya?

Faezah sendiri agaknya yang suka berlagak perasan macam orang muda (ketawa). Jujurnya, Faezah memang tidak suka melaram macam orang tua atau yang terlalu ‘mak-mak datin’ ini.

 

Memang tak boleh nak berbaju mengerlip atau bimbit beg tangan yang ‘keperempuanan’ tu. Bagi Faezah, tua atau mudanya kita bergantung kepada bagaimana kita membawa diri kita. 

 

 

 

 

 

Aset diri paling disenangi dan dipelihara?

Alamak, apa ya? Gigi mungkin, kerana Faezah sudah dididik oleh emak berjumpa doktor gigi sejak umur lima tahun lagi. Hingga kini, setiap tiga bulan, Faezah jalani rawatan gigi.

 

Bagi Faezah, ia ‘aset’ paling harus dijaga kerana ia ‘benda’ nak pakai lama. Faezah pastikan menggosok gigi tiga kali sehari dan rutin wajib sebelum tidur. Dental floss antara item wajib Faezah bawa ke mana-mana. 

 

 

 

Nilai kecantikan yang ingin Faezah terapkan dalam diri anak kelak? 

Adab dan sahsiah diri yang baik. Kecantikan luaran boleh dibentuk dan diubah tetapi kalau dalaman buruk, maka tiada langsung nilai kecantikan seorang wanita itu yang harus dibanggakan. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “44 Hari Saya Cuma Makan Ikan Salmon” — Rahsia DIANA NASIR Kembali Langsing Lepas 100 Hari Pantang

  • Seterus →

    5 TIPS Selfie JANNA NICK yang Cantik dan ‘Glowing’ — Anda Kena Cuba, ‘Try’ dan ‘Test’ Sendiri!