Feb 08, 2017 - 10127

Dikatakan ‘Kayu’, FATTAH AMIN Takde Hal, Dia Kental! — Ini Rupanya Prinsip Hidup Fattah

Dalam reda, pasti ada rasa kecewa. Namun Fattah Amin terus ke hadapan menjadikan dirinya pelakon berjaya.

 

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 

 

LAGAK tinggi, maskulin, a real men’s man yang tidak betah diusik egonya. Sombong mungkin? Nah! Itu persepsi yang tidak mahu kenal erti siapa pesona di balik watak Mr Pilot yang bisa bikin hati wanita Malaya bergoncang dek lirik mata seksi, suara deep dan kumis menutupi bibirnya yang nipis.

 

Ribuan gadis mahu jadi miliknya dan makcik mahu bermenantukannya. Fattah Amin, 1990, Virgo kuat mengusik orangnya dan punya aura positif. Kala menunggu rakaman, Fattah membelek peralatan gym lantas work out sama sepasang dumbbell (yang kami rakam dan post di Instagram mendapat 17k view dalam beberapa jam sahaja. Itulah penangan Kapten Ejaz Fakhri yang bijak mengemudi kapal terbang cinta terus ke landasan hati penonton. Fattah Amin is ready for take-off! 

 

 

Sibuk Fattah?

Baru sahaja tamat sebuah telemovie untuk saluran ASTRO berjudul Bayangan Amelia arahan Pekin Ibrahim. Itu yang terakhir Fattah buat rakaman, sebelum rakaman Suri Hati Mr Pilot. Buat masa ini Fattah ambil keputusan berehat daripada sebarang komitmen rakaman hingga hujung tahun. Mahu mula segar semula pada 2017. 

 

 

 

 

Mengapa Fattah memilih untuk berehat kala nama sedang hangat di bibir pencinta? Tidak risau hilang momentum?

Walaupun Fattah bercuti daripada sebarang rakaman, jadual Fattah masih tetap padat dek susunan pihak pengurusan Fattah. Antaranya rakaman kempen untuk produk-produk yang mahukan Fattah menjadi wajah wakilan, antaranya Safi Men, Olycandy, Fattah Amin x Far8 – sebuah kolaborasi pakaian bersama pereka lokal.

 

Juga ada wangian bersama AJ De Parfum. Alhamdulillah tawaran ini semua hadir kala ini, maka Fattah mahu fokus dan benar-benar beri full commitment. Kerana itulah tawaran banyak yang Fattah tolak termasuk sebuah drama bersiri terbitan ASTRO sama Mira Filzah.

 

Risau jika Fattah tidak boleh beri komitmen. Mana lagi dengan gym Fattah yang bakal dipindahkan dari Kelana Jaya ke Kota Damansara dan Stalkers Café yang baru di bawah pengurusan Fattah. 

 

 

 

 

 

2017, bermula sama projek apa Januari nanti?

Punya satu tawaran drama untuk RTM sebanyak 26 episod. Ia masih lagi dalam perancangan dan masih banyak yang mahu disudahkan. Drama ini juga bakal melihat Fattah mula belajar fasal producing dan bekerja di balik tabir.

 

Satu yang bikin Fattah cukup teruja mahu mencuba dan explore lebih lagi. Fattah dan pihak pengurusan sudah punya perancangan setahun untuk beri fokus pada semua jadual dan cita-cita Fattah.

 

 

Menjadi wajah mahuan kala ini, rezeki Fattah semakin murah dan mudah?

Fattah langsung tidak menyangka bahawa drama Suri Hati Mr Pilot menjadi fenomena sebegini,apabila ia mula ditayangkan dan mendapat sambutan I was overwhelmed. Fattah sangat berterima kasih pada semua krew dan team di balik tabir Suri Hati Mr Pilot dan tentunya kepada fans yang gemar amat drama ini. Alhamdullilah it is a blessing for me.

 

Ia datang pada waktu yang tepat, kerana waktu itu juga Fattah dan keluarga mengambil keputusan untuk ambil alih Stalkers Café, kerana selepas sahaja drama ditayangkan, peminat dari seantero Malaysia juga ada dari Brunei dan Singapura datang ke kafe untuk beri semangat dan jumpa Fattah.

 

This is the right time for me, ini rezeki dan Fattah tahu ia tidak akan datang mudah jadi mahu ambil kesempatan ini dan buat sehabis mungkin. 

 

 

 

 

Imbas semula kala mendapat tawaran watak utama Suri Hati Mr Pilot, Fattah teruja? 

Rasanya semua pelakon muda atau lama pasti mahu berkarya sama Michael Ang, dia cukup terkenal dalam mengarah drama yang hit dan sentiasa diterima penonton. Dia bijak melihat what is hot and what is not. Apabila Fattah dapat tawaran, saya mula membaca novel ini yang sememangnya ditulis dengan cukup baik sekali.

 

Novel ini juga punya pembaca dan pengikut yang agak ramai, jadi Fattah rasa risau kiranya tidak dapat tunaikan anggapan pembaca novel ini. Namun syukur ia diterima elok sekali dan Fattah jangka ia dapat diterima baik tapi tiada disangka ia fenomena.

 

Fattah belajar fasal karaktor seorang pilot dan bertemu teman yang bekerja sebagai juruterbang kerana mahu tahu lagi what goes on in a pilot’s life. 

 

 

 

 

Pernah digelar pelakon kayu, namun dek Suri Hati Mr Pilot, gelaran itu tiada lagi. Sudah perbaiki lakonan ataupun penonton terlalu taasub?

Hanya penonton dan pengarah yang bisa jadi juri kiranya Fattah sudah perbaiki diri. Namun untuk diri sendiri Fattah sentiasa mahu perbaiki diri dan belajar lagi. Mahu lebih variasi dalam memilih watak agar tidak typecast dan cuma dikenali dengan satu watak sahaja.

 

KL Special Force adalah satu watak aksi yang berbeza sebelum ambil watak Ejaz Fakhri. Mahu jadi pelakon yang punya variasi dan terima kasih untuk semua teguran, Fattah tidak betah dan akan terus menjadi the best that I can be! 

 

 

Apa kelebihan berbanding pelakon yang ada kala ini?

Fattah rasakan semua ada keistimewaan tersendiri, ada yang punya bakat lakonan yang hebat, ada pula yang punya pakej lengkap termasuk rupa. Bukan bermaksud Fattah ini lengkap, cuma Fattah try to work hard dan perbaiki diri, selain menggunakan apa yang Fattah ada untuk bina nama dan kekal konsisten dalam industri ini.

 

Datuk Rosyam Nor adalah insan seni yang Fattah look up to, selepas bekerja dengannya dalam filem KL Special Force, he really inspires me. Bekerja dengan Datuk Rosyam, Syamsul Yusoff dan diarahkan oleh Syafiq Yusoff untuk filem tersebut sangat mengujakan.

 

Pendapat Fattah, untuk menjadi seorang pelakon yang hebat kita harus bekerja dengan mereka yang hebat. Bront Palare dan Betto Kusyairi adalah mereka yang Fattah gemar lihat bakatnya. Termasuk juga Ummi Nazeera dan Zara Zya yang Fattah harap dapat bergandingan sama suatu hari nanti. 

 

 

 

 

Bermula pasca menang ‘Hero Remaja’, sertai dunia hiburan atas minat sendiri?

Sejujurnya Fattah sertai pertandingan itu kerana meminati bidang peragaan. Tidak langsung sangka dapat juarai lantas bawa Fattah ke dalam dunia hiburan. Selepas menang Hero Remaja, Fattah mula dapat tawaran berlakon.

 

I thought to myself pasti dapat watak sampingan atau pembantu namun rezeki yang tiba adalah watak utama untuk drama Playboy Itu Suami Aku untuk slot Akasia. Fattah was so shocked, dengan tiada pengalaman lakonan dan tidak well prepared, Fattah terima tawaran kerana mahu mencuba dan tahu inilah satu-satunya peluang dan Fattah sedar tidak semua pelakon dapat peluang sama tawaran itu.

 

Ya benar Fattah dikutuk kerana berlakon bagaikan ‘kayu’ tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat, sebaliknya ia buat Fattah mahu bekerja keras lagi. 

 

 

Melihat semula lakonan dalam ‘Playboy Itu Suami Aku’, apa rasanya kini? 

Saya akui yang saya lemah dalam lakonan dan keyakinan diri, maka Fattah perlu ubah diri, daripada segi fizikal tidak boleh terlalu kurus dan harus build up my acting skills. Jikalau orang tidak tegur Fattah, pasti I wouldn’t better myself dan tidak kecapi rezeki yang ada kini. 

 

 

 

 

 

Mengapa rasanya orang terlalu sayangkan Ejaz dan Wardah?

Chemistry yang dibina dalam novel dan arahan Michael Ang bijak permainkan rasa itu. Kalau cuma sekadar watak, pastinya banyak lagi drama bersiri yang punya namun entah mengapa Ejaz dan Wardah diterima sayang. Mungkin kerana rasa chemistry antara Fattah dan Neelofa juga membantu.

 

Orang sayangkan watak sehingga tudung Wardah jualan Neelofa juga habis dijual. Kafe Fattah juga penuh kerana mereka mahu temui Ejaz. Sehingga tamat drama ditayangkan pun peminat masih mahu lihat Ejaz dan Wardah bersama sekali gus meletakkan rasa dan keinginan itu pada Fattah dan Neelofa dalam kehidupan sebenar. Itulah rasanya antara kelebihan menghidupkan watak-watak ini sampai lekat erat pada hati peminat. 

 

 

 

 

Jadi sememangnya Fattah Amin dan Neelofa tidak bersama?

No comment, dalam perihal ini Fattah sudah penat mahu berbicara kerana orang akan mencipta pendapat sendiri. Maka ambil sahaja jalan mudah untuk just say nothing about it. Doakan sahaja yang baik-baik untuk kami. 

 

 

 

 

 

Personaliti Fattah sendiri, orangnya bagaimana?

I was never an extrovert, ketika di sekolah dahulu pun Fattah lebih selesa sama sukan dan pelajaran dan bukanlah yang suka ke depan dan gemarkan populariti. A true Virgo yang pendiam dan pemalu. Jadi it’s a shock yang Fattah kini menjadi seorang pelakon.

 

Langkah dalam dunia hiburan Fattah bermula ketika dapat tawaran untuk iklan Telekom kala itu masih di kolej, sejak itu mereka yakinkan Fattah punya bakat dalam peragaan, jadi dari situ Fattah cuba untuk jadi peragawan majalah dan sebagainya. Selepas itu barulah Fattah punya keyakinan untuk mencuba Hero Remaja and the rest as they say is history.

 

Kini sebagai aktor tentunya kita harus lebih explore diri sendiri. To show emotions bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya sebagai pelakon baru. Untuk biarkan penonton tahu apa yang kita rasakan tanpa perlu bait-bait bicara amat penting.

 

Fattah bertuah kerana sebelum ini dapat belajar daripada pengarah dan pelakon-pelakon yang lebih senior. Satu persamaan antara lakonan dan peragaan adalah reaksi wajah dan mata yang terbaik untuk get the best picture and the best acting. 

 

 

 

 

Tamat sudah 2016, apa yang Fattah nantikan untuk 2017?

Tentunya filem pertama Fattah yakni KL Special Force, sebuah filem aksi yang bakal lihat a different side of Fattah Amin, selain itu mahu terus bekerja keras untuk diri sendiri dan keluarga dalam bidang perniagaan dan dunia lakonan.

 

Alhamdulillah 2016 banyak buka peluang dan pintu untuk Fattah bekerja dan insya-Allah 2017 will bring more adventures. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. I appreciated all of you! 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Pernah Kena Tampar Dengan Guru Sekolah Sebab Meloyar Buruk” — Sharifah Shahirah

  • Seterus →

    “Saya Orang Susah. Kawan TLDM Ramai-ramai Pungut Duit, Sebab Merekalah Saya Dapat Pergi Uji Bakat” — Ajak