Sep 07, 2016 - 1981
ANAK muda peneraju bisnes kecantikan, Safiey Ilias, yang sebelum ini pernah mengejutkan Malaysia apabila dia memutuskan mahu keluar dari imej dan kehidupan seorang mak nyah dan kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki; sekali lagi membuat rakyat Malaysia terpana dengan keputusannya.
Safiey Ilias dengan rasminya membuat pengumuman bahawa dia sudah penat dihentam dan dibelasah masyarakat. Ternyata Safiey Ilias tidak lagi sembunyi-sembunyi dengan status dan penampilannya sebagai seorang wanita.
Ekoran pengumuman itu, emosi rakyat Malaysia bergoncang hebat di laman media sosial. Ramai yang mengeji, mencarut, mencaci dan memaki hamun. Namun dalam masa sama, ramai juga yang mengirimkan kata-kata semangat, mendoakan agar Safiey tidak ambil masa terlalu lama untuk mencari dirinya.
Sumber: FB
Sumber: FB
Berikut adalah status Facebook beliau yang dimuat naik semalam (6 September) dari Korea:
Kali ni menulis panjang lagi. Maafkan saya sekali lagi jika posting ini mengganggu. Terima kasih kepada semua yang beri nasihat dan beri kata-kata pandangan. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan. Terima kasih juga yang inbox/PM/DM/surat cinta mahupun WhatsApps. Semua yang anda cakap betul tidak sekali saya nafikan.
Tapi saya tetap dengan keputusan saya. Berilah saya ruang untuk berhijrah secara perlahan-lahan sehingga saya benar-benar mampu berubah secara total berjanggut bermisai, sado dan sasa, macho dan segala-galanya yang ada pada lelaki sejati. Sampailah satu tahap saya temui istiqomah. Sebab saya takut nak jadi baik. Saya takut orang fikir saya baik. Saya takut nak expose hal-hal dakwah apatah ibadah, saya takut jika anda expect TOO MUCH daripada saya. Biarlah hal peribadi dan urusan saya antara saya dan Allah sahaja yang tahu.
Kenapa? Saya dah terlalu penat. Nanti orang hentam. Nanti orang cakap macam-macam. Nanti orang request itu ini. Nanti orang manipulasi. Jadi saya nak orang faham saya ambil masa semua ni untuk berhijrah secara total. Jiwa saya koyak dan penat. Jiwa saya sentiasa berkecamuk. Sampaikan saya solat menangis depan Allah pun saya masih tak tenteram bila ujian kunjung tiba tak henti-henti. Ujian yang banyaknya datang daripada manusia.
Berilah saya nafas. Berilah saya ruang. Berilah saya masa. Berilah saya bergerak sendiri merencana perjalanan hidup saya. Ini FASA. Fasa diremukkan hati oleh Allah sekali lagi kemudian merangkak menangis mencari Dia kembali. Saya masih tahu halal dan haram. Biarlah selepas ini status FB saya cuma dipenuhi status bisnes dan diari saya seperti dulu sejak saya buka akaun FB ini. Saya tak nak bercakap pasal dakwah dan agama dah sebab saya bukan orang yang layak lagi. Saya takut kena hentam.
Andai saya posing comel-comel seakan wanita, ampunkan saya. Beri saya masa untuk dapat posing seperti ayah, adik dan abang anda. Andai penulisan saya laser selepas ini, ampunkan saya. Semuanya kelemahan mulut saya yang kadang-kadang tak dapat nak kawal emosi. Jiwa muda kan. Andai terjumpa saya di luar dan tidak menepati ciri-ciri berpakaian mahupun berperwatakan lelaki yang anda suka, ampunkan saya. Andai saya masih tidak berjanggut bermisai, ampunkan saya juga. Jawapan saya mudah sahaja, anggap saya belum berhijrah dan masih yang lama.
Saya tak nak uolls kata saya baik. Biarlah selepas ini, orang nampak saya yang jahat-jahat sahaja. Saya akan "YA" kan semuanya. Saya tak nak dikaitkan dengan hijrah lagi sebab saya sendiri masih memperbaiki diri menuju perubahan secara total.
Saya sentiasa lapar akan hidayah Allah dan Allah berkali-kali hancurkan hati saya sampai saya menangis teresaknya. Saya yakin kenapa Allah membolak-balikkan hati saya. Sebab sebelum ini saya yakin saya tidak akan menjadi yang lama. Saya mungkin sudah merasa sombong akan iman diri. Namun, Allah bijak dengan memberi ujian sehingga hati saya dibolakkan. Sekarang saya faham betapa saya lemah dan perlukan Allah sentiasa.
Saya suka jatuh berkali-kali, saya suka jika hati kecil ini ada keinginan kembali yang lama, saya suka jika diri ini berbuat dosa, sebab inilah saya manusia yang pendosa, yang sentiasa nakkan hidayah dan pengampunan Allah. Mungkin ini adalah FASA sahaja. FASA kepada penghijrahan secara total suatu hari nanti.
Pisahkan saya dengan bisnes. Saya tak nak dikaitkan berhijrah kerana bisnes. Anggap sahaja saya belum berhijrah jadi anda tak layak nak kaitkan saya dengan apa-apa dah. Maafkan saya. Dan BERHENTI mengharapkan too much daripada saya.
Jangan risau. Tak adalah saya pakai perempuan 24 jam. Kalau sekali-sekala nampak saya di luar sana memakai blaus perempuan, maafkan saya. Beri saya masa. Kadang-kadang rindu juga.
Doakan saya.
Sumber: FB
SAFIEY ILIAS AKA SOFEA ILIAS MENCARI TEMAN & SOKONGAN DI FACEBOOK
DAN NETIZEN MALAYSIA BERSUARA MENGHANTAR MESEJ KEPADA SAFIEY ILIAS
Daripada satu status ke status berikutnya. Daripada satu jawapan bela diri ke jawapan yang berikutnya. Safiey Ilias cuba menjelaskan keputusan dan pendiriannya. Ribuan netizen Malaysia tidak berdiam diri. Ini kata mereka: