Sep 12, 2014 - 48
Segala teka-teki mengenai siapakah barisan wajah wakilan sampul depan InTrend untuk isu Mei 2013 sudah pun terjawab. Semperna sambutan ulang tahun InTrend ke-8, InTrend membariskan lapan diva tersohor tanah air berpadu menghiasi bukan satu, tetapi dua sampul depan InTrend. Adibusana rekaan duo Rizman Ruzaini dalam rona noir menjadi pilihan membaluti setiap diva mengikut personaliti masing-masing. Juga istimewa Mei ini, InTrend juga berkolaborasi bersama Coach Malaysia dalam merakamkan edisi Ulang Tahun InTrend ke-8 kali ini.
Sampul depan yang pertama menggabungkan diva-diva baru dan lama iaitu Ziana Zain, Ella, Nur Fazura dan Liyana Jasmay. Manakala Dato' Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ning Baizura dan Nurul Wahab, paduan diva arena nyanyian negara bersatu menghiasi sampul depan yang kedua. Mana satu pilihan kalbu?
Dapatkan di pasaran sekarang! Inspirasi Gaya Hidup Anda.