May 24, 2017 - 3736
Oleh: Norhaizan Ahmad
COS (Collection of Style), jenama pakaian sedia pakai asalan London merasmikan pembukaan butiknya yang pertama di negara ini bertempat di Pavilion Elite.
Ia memperkenalkan konsep baru dengan menghasilkan pakaian berkualiti serta menawarkan rangkaian sedia pakai yang mudah didapati untuk lelaki juga perempuan.
Majlis dihadiri lebih 450 orang tetamu termasuklah barisan artis-artis popular seperti Neelofa, Joe Flizzow, Sona One, Che Puan Juliana Evans, Sharifah Sakinah, Kaka Azraf dan ramai lagi.
Pengarah Urusan COS, Marie Honda berkata, “Kami amat gembira berada di sini meraikan pembukaan butik pertama kami di Kuala Lumpur dengan begitu ramai kawan jenama ini dan kami berharap dapat berkongsi helaian signature moden kami yang ‘timeless’ serta berfungsi buat digayakan oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.”
Sumber Foto: COS