Feb 28, 2018 - 1535
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
USAHAWAN muda, pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa, telah melancarkan produk terbarunya Naelofar Hijab bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29. Majlis tersebut diadakan di TREC, Kuala Lumpur.
Bertemakan lampu neon, sambutan kali ini lebih bermakna apabila tetamu yang hadir berpeluang turut serta menyertai aktiviti yang dirancang bersempena majlis itu. Berbekalkan tagline “I Wanna Have Fun”, majlis ini menyajikan hiburan buat tetamu yang hadir.
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran koleksi terbaru daripada Naelofar Hijab iaitu “Be Lofa”. Ini adalah koleksi keempat yang dikeluarkan sempena hari jadi Neelofar yang jatuh pada 10 Februari lalu. Koleksi ini merangkumi dua koleksi terbaru iaitu Be Lofa — Shawl dan Be Lofa — Turban.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
Paling menarik, rekaan baru Be Lofa — Turban laris terjual sehingga licin dari rak maya Naelofar Hijab Online dalam tempoh kurang daripada 24 jam!
Kredit foto: www.naelofarhijab.com
Kredit foto: www.naelofarhijab.com
Bagaimana Tercetusnya Nama Koleksi ‘Be’ Ini?
Karakter 10 Be yang diperkenalkan ini merupakan inspirasi yang menggambarkan bagaimana wanita di luar sana boleh mencipta kejayaan seperti Neelofa. Antaranya nilai-nilai yang diterapkan termasuklah Be Extravagant, Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraordinary, Be Grounded, Be Fashionable, Be Adventurous, Be Bold dan Be Sparkly.
Be Lofa — Shawl
Koleksi Be Lofa - Shawl memperkenalkan fabrik terbaru iaitu kain sutera chiffon sebagai fabrik utama dalam koleksi ini. Fabrik sutera chiffon dipilih kerana ia melambangkan gaya elegan, mewah, minimal dan lembut yang sinonim dengan Neelofa.
Koleksi Be Lofa — Shawl hadir dengan 21 pilihan warna yang ditawarkan untuk koleksi ini. Koleksi ini dijual pada harga RM149.
Be Lofa — Turban
Seiring dengan trend masa kini, Naelofar Hijab turut melakukan perubahan dengan rekaan mereka. Kali pertama, Naelofar Hijab telah melancarkan koleksi Be Lofa — Turban bersempena ulang tahun kelahirannya.
Menariknya koleksi ini, ia diperbuat menggunakan fabrik cotton bermutu tinggi sesuai untuk digayakan semua peringkat. Buat si pemakai, tidak perlu risau kerana ramabut masih lagi boleh dilindungi apabila memakai Be Lofa — Turban.
Bagi koleksi ini, sebanyak 51 warna yang dikeluarkan dan dijual dengan harga RM73 sahaja.
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa
Kredit foto: Neelofa