Mar 09, 2017 - 10791
Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia
TANPA warna dunia terasa kurang seri dan tiada dinamik. Apa sahaja tentang warna, segala perasaan dan imaginasi dapat dilontarkan sehingga menghasilkan suatu karya yang cantik, anggun dan inspiratif. Ironinya, warna mempengaruhi suasana hati. Mendapatkan warna yang tepat melalui baju yang dipakai memberi semangat serta energi untuk memacu kreativiti.
Percaya atau tidak, perkara ini sudah lama dipraktikkan, cuma sikap acuh tak acuh, rasa malas dan pakai apa sahaja di depan mata sebenarnya banyak mempengaruhi emosi kita. Warna apa yang selalu kita pakai menunjukkan siapa diri kita.
Tanpa kita sedari, pilihan warna yang itu-itu lagi seolah tiada warna lain adalah penunjuk keperibadian kita. Lihat carta warna, kaji warna yang kamu suka dan tidak. Cuba kamu selidik. Enjoy!
Apakah warna yang kamu sukai?
Merah
Seorang yang impulsif (mengikut gerak hati), kuat semangat, energetik dan bercita-cita tinggi.
Kuning
Aktif, hidup mesti selamba, berterus-terang dan bijak berkomunikasi.
Biru Muda
Kreatif, punya ketajaman fikiran, penuh imaginasi. berfikiran terbuka.
Hitam
Punya kemampuan diri yang kuat, berfikiran terbuka dan egoistik.
Merah Jambu
Ghairah cinta, simpati, kelembutan bicara, kemanisan dan keindahan.
Hijau
Sentiasa berhati-hati, suka menolong, sensitif dan berpendirian teguh.
Biru Tua
Cergas, bertanggungjawab dan seorang pengambil keputusan yang baik.
Coklat
Jujur, low profile, seorang yang tenang dan tidak banyak masalah.
Putih
Mahukan perhatian. Suka kedamaian. Perfectionist, seorang pecinta seni.