Aug 30, 2016 - 875
Sumber:
KETIKA Elfira Loy mengumumkan mahu berhijab suatu masa dulu, rata-rata peminatnya terkejut. Ramai yang sangsi dengan pengumumannya itu.
Mungkin faktor usia yang masih muda menjadikan ramai yang tidak percaya dengan keputusan yang diambilnya. Ramai yang membuat andaian, Elfira tidak akan lama bertahan dengan imej tudungnya.
Namun, Elfira tidak mahu memikirkan apa jua tanggapan orang, lantas membuktikan dia membuat keputusan tepat. Hingga hari ini dia masih selesa dengan hijab tanpa pernah ada batasan. Malah Elfira kekal lincah menata gaya harian OOTDnya!
Sumber:
Sumber:
Sumber:
Sumber:
"Bukan mudah sebenarnya, andai selepas berhijab kamu mahu mengemas kini gerobok fesyenmu. Apa lagi menyuaipadankan antara top, pants, skirt, hijab jua aksesori. Silap sedikit kelihatan semak!" akui Elfira.
Sumber:
Sumber:
Namun katanya, buat masa ini dia menyenangi persalinan daripada palet pastel dan polos sahaja. Sesuatu yang minimal itu lebih menarik hatinya agar dia bisa bermain sama stail hijabnya. Ia kombinasi yang tidak berantakan untuk kelihatan terlalu terdesak bergelar hijabi fesyenita. Cukuplah nampak sederhana dengan
class tersendiri.
Malah,
sense of fashion Elfira juga baik, jika tidak masakan pihak UNIQLO dan Melium memetik namanya untuk menyarungkan persalinan jenama mereka. Yang pasti bukan sembarangan orang diberi kepercayaan itu.
Sumber:
Lagi satu yang menarik tentang Elfira Loy, dia antara selebriti muda yang kini mempunyai 2.8 JUTA Followers (setakat artikel ini ditulis) di Instagram. Hebat! Dia juga dilihat antara selebriti paling berpengaruh di laman media sosial dengan mendapat "likes" tertinggi pada setiap gambar yang dimuat naik saban waktu.
Mungkin ia bukanlah kejayaan besar yang harus diangkat tetapi ia satu gambaran betapa gaya hidupnya yang lincah dan bergaya sentiasa menjadi intipan peminat. Perjalanan hariannya juga punya tarikan yang tiada pada orang lain. Memang terbukti, selebriti muda yang mempamerkan imej sopan dan berhijab seperti Elfira Loy akan memenangi hati peminat-peminatnya.