Sep 03, 2016 - 10968
Oleh:
Foto: Ihsan Noor Neelofa
BIJAK memanfaatkan ruang dalam industri. Noor Neelofa tidak mensia-siakan masa. Daripada isu-isu panas dan kontroversi permainan netizen, hari ini Neelofa mencipta fenomena menerusi perniagaannya, Naelofar Hijab yang amat trending dalam dunia fesyen.
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali antara selebriti tempatan yang mendapat perhatian netizen kerana tudung yang dihasilkannya bukan saja amat fleksibel, malah cantik digayakan. Bukan itu sahaja, cara Neelofa menggayakan tudung Naelofar Hijab tampak cantik dengan apa jua helaian top, skirt labuh ataupun celana lebar yang dipadankan.
Gaya mix and match Neelofa sangat unik dan urban. Paling istimewa, dalam masa sama dia tetap terlihat sopan sebagai seorang Muslimah. Gaya OOTD Neelofa boleh kita sifatkan sebagai fashion look yang tergabung indah, hasil kerahan idea kreatif dan team work antara Neelofa bersama Penata Gayanya, Min Luna serta Penata Hijabnya, Didiyana Ehsan.
Neelofa tidak pernah menghampakan setiap kali dia muncul mengacarakan MeleTOP saban minggu. Percaya atau tidak, jutaan daripada kita menunggunya di hadapan TV setiap Selasa, jam 10.00 malam di saluran ASTRO Ria. Tahukah anda, setiap foto OOTD yang dimuat naik Neelofa di laman Instagramnya; menerima sekurang-kurangnya 36,000 "likes"!
Jadi jom! Khas buat tatapan semua hijabistas, InTrend tampilkan 10 #OOTD Neelofa YANG PALING "MeleTOP" untuk kalian jadikan inspirasi.
10 #OOTD NEELOFA YANG BOLEH ANDA JADIKAN INSPIRASI