Feb 23, 2018 - 2275
Oleh: Athirah Zulkifli
SIAPA tidak kenal dengan pelakon jelita terkenal dari Indonesia, ? Wanita berhijab ini kini sedang hangat melebarkan perniagaan tudungnya memasuki pasaran Malaysia.
Terbaru, Laudya Cynthia Bella melancarkan koleksi skarf iaitu L by Laudya Cynthia Bella Limited Edition Birthday Scarves 2018 Collection khas untuk pasaran Malaysia dan Indonesia. Apa yang menarik tentang koleksi , ia direka sendiri oleh Bella bersempena ulang tahun kelahirannya, juga sebagai meraikan tahun pertama beliau menjadi pasangan hidup kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Malah, setiap rekaan ini mempunyai gaya dan sentuhan Bella yang tersendiri, yang melambangkan sisi seorang wanita elegan.
L by Laudya Cynthia Bella Scarves hadir dengan 5 koleksi antaranya Raniah, Zafarani, Mysha, Azmya & Ghania. Istimewanya koleksi L by LCB, ia tampil dengan corak yang tidak sarat dan mudah disuai padan dengan sebarang helaian fesyen.
Selain itu, pengguna fabrik yang berkualiti seperti cotton voal dan silk maxmara menjadikan koleksi L by LCB kelihatan eksklusif. Istimewanya koleksi ini, ia melambangkan cita rasa wanita yang bergaya, penuh kecintaan, cantik serta berkeyakinan tinggi.
Koleksi L by LCB dijual mulai 24 Februari 2018 di laman web www.lbylcb.com dengan harga bermula RM138 dan ke atas.
Kredit foto: http://l-bylaudyachyntiabella.com/lookbook-malaysia/
Kredit foto: http://l-bylaudyachyntiabella.com/lookbook-malaysia/