May 05, 2017 - 12152
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Instagram
PEMILIK nama penuh nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atau nama panggilannya El, nyata bukan asing lagi dalam dunia lakon layar tempatan. Dia mempunyai impian yang besar untuk melebarkan sayap dan menempa nama sebagai usahawan muda yang berjaya. Meskipun berusia, 23 tahun Elfira Loy mempunyai misinya tersendiri demi mencapai apa yang diinginkan.
antara selebriti tempatan yang mendapat perhatian netizen kerana penampilannya serta penggayaan tudungnya yang menepati cita rasa wanita muda masa kini. adalah produk fesyen pertamanya dijual secara atas talian di Instagram yang mendapat sambutan hebat. Bukan itu sahaja, cara El menggayakan tudung Twinkle by Elfira dengan apa jua helaian top, skirt labuh ataupun celana ia kelihatan fresh dan look young.
Kredit foto: Instagram
Jika di lihat gaya mix and match, El lebih kepada gaya wanita muda yang mahukan look santai tapi ‘stylo’. Meskipun, bertubuh kecik molek ia tidak mengehadkan El untuk bereksperimen dengan gayanya. Lihat sahaja di laman Instagramnya setiap foto #OOTD yang dimuat naik Elfira Loy, menerima sekurang-kurangnya 53,000 “likes”!
Jadi jom! Khas buat tatapan semua hijabistas, InTrend tampilkan 15 #OOTD Elfira Loy Yang Kecil Molek Paling WIN dan TRENDING untuk kalian mencari idea dalam penggayaan ideal.