May 08, 2017 - 114201

15 Jenama Tudung Ini PALING Laris di Malaysia — Jutaan Hijabi Memakainya! Apakah Anda Memilikinya?

Ledakan jenama tudung atau shawl semakin menjadi-jadi. Mana tidaknya, trend hijab semakin rancak menghantui wanita. InTrend tampilkan 15 jenama tudung atau shawl pilihan wanita hijab masa kini.

 

 

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Kredit foto: Instagram , , &

 

 

 

 

LAMBAKAN pelbagai jenama tudung dan shawl di pasaran terus mendapat sambutan, tidak kira ia dijual di butik atau dalam talian. Malah jenama tudung itu sendiri boleh mencetus fenomena sehingga mampu mencipta kumpulan pengikut setianya sendiri. Namun keinginan wanita untuk berhijab atau bergaya dengan tudung tidak mampu disekat-sekat lagi, sehingga ia berjaya merancakkan industri fesyen Islamik. 

 

Mana tidaknya ia mencetus fenomena, pengaruh iklan, model atau selebriti yang menggayakan tudung tersebut adalah salah satu faktor jenama itu menjadi kegilaan wanita berhijab. Selain itu, trend penggunaan simbol hashtag (#) dan outfit of the day (OOTD) di laman sosial juga salah satu faktor pengguna obses terhadap jenama-jenama popular. 

 

Apatah lagi gaya yang mereka muat naik menerusi hashtag itu dilihat berjuta-juta pengguna laman berkenaan setiap hari… malah pada setiap minit, setiap saat! Obsesnya wanita terhadap tudung popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan  kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan tudung kepada wanita. 

 

Adakah pembeli masa kini membeli tudung atau shawl disebabkan model yang menggayakan kelihatan cantik atau hanya sekadar jenama sahaja? 

 

InTrend senaraikan 15 jenama tudung yang mempunyai pengikut fanatik di media sosial, malah yang paling berpengaruh dalam industri fesyen tudung. Jika anda juga memiliki tudung daripada jenama ini, jom kongsikan bersama kami dalam ruangan komen. 

 

 

 

 

1. DuckScarves, 269k followers

 

 

 

 

 

 

2. Naelofar Hijab, 510k followers

 

 

 

 

 

 

3. Fareeda, 125k followers

 

 

 

 

 

 

4. Aidijuma Scarf, 482k followers 

 

 

 

 

 

 

 

5. Sugarscarf, 363k followers

 

 

 

 

 

 

6. Radiusite, 410k followers

 

 

 

 

 

 

7. Owl By Nora Danish, 215k followers

 

 

 

 

 

 

8. Tudungpeople, 254k followers

 

 

 

 

 

 

 

9. Ariani, 291k followers

 

 

 

 

 

 

10. Twinkle by Elfira, 106k followers

 

 

 

 

 

 

11. Cakenis, 181k followers

 

 

 

 

 

 

12. Ameera Zaini,137k followers

 

 

 

 

 

 

13. BAWAL EXCLUSIVE, 141k followers

 

 

Kredit foto: Instagram

 

 

 

 

 

14. ALHUMAIRA, 258k followers

 

 

 

 

 

 

15. TUDUNGRUFFLE, 285k followers

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    15 #OOTD Elfira Loy Yang Kecil Molek Paling WIN dan TRENDING

  • Seterus →

    ‘Sayang Love’, ‘Crush’, ‘Soulmate’ — Ini Semua Nama Hijab Terbaru NEELOFA, Cair Hati Anda dibuatnya!