May 26, 2017 - 620

Baju Raya DIANA DANIELLE ‘Perfect’ Buat Ibu Lincah! — Kalau Ada Anak Kecil & Lasak, Anda Patut Lihat Koleksi Ini

Pelakon, penyanyi serta ibu muda, Diana Danielle tampil dengan koleksi raya 2017 bersama label tempatan iaitu KREE. Menariknya, koleksi ini direka khas buat ibu muda yang mahu kelihatan menawan meskipun sibuk menjaga anak.

 

 

 

 

Oleh: Athirah Zulikifli

 

 

 

 

The soul to our collection @dianadanielleb BTS for #dianadanielleforkree Part 1

A post shared by Kree (@kree_my) on

 

 

 

 

JENAMA lokal, KREE berkolaborasi bersama “Malaysian darling”, Diana Danielle dalam menghasilkan koleksi raya 2017. Diana Danielle for KREE ialah koleksi yang menggambarkan seorang ibu muda yang baru sahaja memulakan eksplorasi menjadi seorang ibu. 

 

Menariknya koleksi ini, ia adalah curahan idea Diana Danielle tentang sambutan rayanya yang banyak melibatkan anak-anak kecil yang lasak. Oleh itu,  koleksi ini mempunyai elemen praktikal yang tinggi seperti perincian zip pada bahagian lengan dan potongan “empire” serta “trapeze” yang memberi ilusi si pemakai kurus dan tinggi.  

 

Koleksi Diana Danielle for KREE menggabungkan idea fesyen yang muda, segar dan berani. Potongan baju yang longgar disertakan dengan perincian ropol membuatkan si pemakai berasa bebas apabila menggayakannya. Penggunaan fabrik mewah seperti Sutera Shantung banyak digunakan untuk koleksi ini. Fabrik Sutera Shantung memberi gambaran kemewahan kepada si pemakai. 

 

Selain itu, perincian reben, lipatan dan ropol yang menjadi trend masa kini turut diolah dalam pembikinan koleksi Diana Danielle for KREE. Penggunaan teknik appliquè dan bulu burung kasawari turut digunakan untuk menonjolkan elemen mewah dalam koleksi ini. 

 

InTrend bawakan beberapa helaian baju raya Diana Danielle for KREE khas buat ibu muda yang mahu memilikinya! 

 

 

 

 Kredit foto: Diana Danielle for KREE

 

 

 

 

 Kredit foto: Diana Danielle for KREE

 

 

 

 

 

 Kredit foto: Diana Danielle for KREE

 

 

 

 

 Kredit foto: Diana Danielle for KREE

 

 

 

 

 Kredit foto: Diana Danielle for KREE

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.