May 30, 2017 - 1649

Anzalna Nasir, Siti Saleha & Puteri Aishah Wajah Raya Alia B 2017 — Gaya ‘Modest Simplicity’ Ini Memang ‘In-Trend’

Mencari baju raya yang minimalis, tidak sarat dengan deretan manik-manik yang berat? Jenama lokal, Alia B pastinya menepati cita rasa wanita yang mahukan baju raya feminin, elegan namun minimalis.

 

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

 

 

PEREKA fesyen wanita yang tidak asing lagi Alia Bastamam, yang terkenal dengan rekaan baju yang cukup feminin dan elegan kini tampil dengan koleksi baju raya 2017 yang pasti mempesonakan banyak fesyenista dengan adunan gaya yang feminin minimalis. 

 

Menariknya, ia berkonsepkan sebuah taman rahsia yang melambangkan seorang wanita lembut, cantik dan menarik menggayakan koleksi ini. Setiap helaian busana ini hadir dengan pelbagai rekaan dan perincian unik yang berbeza-beza. Potongan baju yang longgar pula pasti memberi keselesaan kepada si pemakai. Koleksi ini hadir dengan rona alam yang mendamaikan seperti hijau pucuk pisang lembut, coklat lembut, merah jambu berkabut, maroon dan hitam. 

 

Selain itu, Koleksi Raya 2017 Alia B. memperkenalkan lima wajah eksklusif yang menghiasi kempen ini iaitu Anzalna Nasir, Sarah Hildebrand, Siti Saleha, Eleena Sui dan Puteri Aishah. 

 

InTrend bawakan seleksi baju raya Alia B. yang pasti membuat anda jatuh cinta dengan sentuhan halus penuh kewanitaan.  

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Alia B. 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Baju Raya DIANA DANIELLE ‘Perfect’ Buat Ibu Lincah! — Kalau Ada Anak Kecil & Lasak, Anda Patut Lihat Koleksi Ini

  • Seterus →

    Baju Raya HATTA DOLMAT Bawa Gaya ‘Vintage Glamour’ — Pasti ‘Meletop’ Kalau Anda Balik Kampung