Jun 01, 2017 - 1120

Baju Raya HATTA DOLMAT Bawa Gaya ‘Vintage Glamour’ — Pasti ‘Meletop’ Kalau Anda Balik Kampung

Mencari kelainan dalam baju raya tahun ini, pereka fesyen tempatan Hatta Dolmat mengilhamkan koleksi raya 2017 dengan tema Taman Vintage Inggeris. Sentuhan vintage dan moden berpadu indah dalam koleksi ini.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

KOLEKSI Raya Luxe 2017 adalah rekaan sepenuhnya oleh Hatta Dolmat. Apa yang paling menarik dan unik tentang koleksi ini adalah aspek penghasilan fabrik, rekaan corak dan motif — kesemuanya dihasilkan sendiri oleh Hatta. Jika anda peminat rekaan-rekaan RTW Hatta Dolmat, anda pasti tahu kecenderungan pereka ini melukis sendiri motif-motif unik lalu dicetak sebagai corak helaian busana. 

 

Dengan tema klasik yang indah, Taman Vintage Inggeris, koleksi ini merupakan kesinambungan Koleksi Beetles, Koleidoscope, Decades dan Thorn, yang mana kesemua motif dan corak kain dihasilkan sendiri oleh Hatta. 

 

Bagi Koleksi Raya Luxe 2017, Hatta menggabungkankan kesemua elemen ini dalam satu gubahan indah yang dinamakan “Embloom”. Embloom adalah gabungan daripada perkataan emblem dan bloom. 

 

Elemen yang sangat menonjol pada koleksi ini adalah aura ‘vintage’ yang pasti mengembalikan memori lama. Aspek warna yang dipilih amat bersesuaian dengan konsep ‘vintage’ antaranya blush, merah, fuschia, biru gelap dan hijau emerald. Selain itu, penggunaan fabrik seperti creepe, dan organdi menjadi pililhan utama. Tekstur, teknik serta perincian tiga dimensi yang digunakan menambahkan nilai eksklusif pada koleksi ini.  

 

Buat wanita yang mahukan sentuhan LUXE pada baju raya, koleksi Hatta Dolmat adalah pilihan yang tepat. Jom lihat, InTrend bawakan 13 helai baju raya LUXE 2017 Hatta Dolmat. 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Hatta Dolmat 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Anzalna Nasir, Siti Saleha & Puteri Aishah Wajah Raya Alia B 2017 — Gaya ‘Modest Simplicity’ Ini Memang ‘In-Trend’

  • Seterus →

    Apa Selebriti Pakai di Pertunjukan Fesyen ‘Rizman Ruzaini Bridal 2017’?