Oct 01, 2017 - 8831

10 Panduan Penjagaan ‘MISS V’ yang Wanita Harus Baca — Tips No.5 Jangan Abaikan!

Sempurna kecantikan wanita jika bahagian dalamannya juga terpelihara kebersihannya. Bagaimana dengan penjagaan ‘Miss V’ anda?

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Kredit foto: Corbis 

 

 

 

 

 

SULIT dan persendirian, itu rumusan secara total bagi menggambarkan penjagaan alat sulit wanita. Ia antara elemen penting yang perlu diberi perhatian selain daripada kecantikan luaran.

 

Umum mengetahui alat sulit adalah daerah sensitif dalam hubungan intim, justeru ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku misalnya jangkitan kuman. Berikut adalah tips dan panduan bagi menjamin kebersihan alat sulit anda.

 

 

 

1. Jauhi penggunaan sabun ataupun menyapu gel mandian pada alat sulit. Hal ini kerana kandungan pH dan pelbagai bahan daripada sabun atau gel mandian bisa menyebabkan kekeringan dan masalah iritasi sekali gus mengakibatkan alat sulit gatal. Malah terdapat segelintir wanita yang mempunyai alahan ataupun sensitif pada kandungan bahan tertentu seperti pewangi dan buih.

 

 

2. Elakkan melakukan douching (memasukkan jari atau pancutan) ke dalam faraj untuk membersihkan bahagian dalam faraj. Ia akan menyingkirkan sejenis bakteria iaitu loctobacilli dari faraj. Dalam masa sama, ia akan mendedahkan bakteria faraj dan bahagian luar alat sulit kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

 

 

3. Suami dan isteri disarankan agar membersihkan bahagian sulit masing- masing dengan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Menurut saranan doktor, amalkan membuang air kecil dalam lingkungan 30 minit selepas melakukan hubungan intim bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

 

 

4. Pastikan bahagian luar faraj dibersihkan selepas membuang air kecil ataupun air besar.

 

 

5. Ketika haid, anda disarankan agar kerap menukar tuala wanita terutamanya pada hari-hari yang berlaku pengeluaran haid yang banyak. Hal ini kerana darah adalah elemen yang menyebabkan kuman mudah membiak.

 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

 

 

6. Jika anda mengalami masalah keputihan, disarankan memakai panty liner supaya keputihan tidak melekat pada seluar dalam. Pilih panty liner yang bebas daripada sebarang pewangi kerana kandungan bahan kimia boleh menyebabkan iritasi pada alat sulit.

 

 

 

7. Anda harus bijak membezakan masalah keputihan yang normal dan abnormal. Keputihan biasa lazimnya berlaku pada waktu-waktu seperti beberapa hari sebelum haid, kehamilan, ketika ghairah seks, klimaks dan selepas menopaus.

 

 

 

8. Antara simptom keputihan yang serius adalah pertukaran warna yakni daripada jernih menjadi kekuningan, kehijauan malah lebih serius jika ia mengeluarkan darah.

 

Masalah keputihan yang serius ini boleh menyebabkan alat sulit menjadi bengkak, gatal, pedih dan sakit. Jika jangkitan kuman merebak ke pangkal rahim atau mengganggu saluran peranakan dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

 

 

9. Tiada salahnya menggunakan pencuci untuk membersihkan alat sulit namun demikian anda disarankan meneliti kandungan, bahan dan sumber pencuci terlebih dahulu. Misalnya pilih pencuci yang tidak memberi kesan sampingan, diuji secara klinikal,kandungan pH yang sesuai untuk faraj dan terbukti kebersihannya.

 

 

 

10. Usah terpengaruh dengan lambakan produk dan ubat-ubatan di pasaran. Hal ini kerana penggunaan produk atau ubat bagi penjagaan alat sulit seharusnya diteliti terlebih dahulu. Malah jika langkah penjagaan dan aspek kebersihan diberi perhatian anda tidak memerlukan sebarang produk untuk mengubati masalah pada alat sulit.

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Resepi Pupur dari Kabinet Dapur yang MESTI Anda Cuba!

  • Seterus →

    10 Kaedah Hilangkan Nafas Berbau yang Mesti Anda Lakukan — Tips No. 3 Jangan Diabaikan!