Sep 23, 2017 - 299
Kredit foto: Corbis
Pupur Lobak Merah Anti-penuaan
Lobak merah kaya dengan vitamin A yang berkesan menentang tanda-tanda penuaan pada wajah seperti timbulnya garis-garis halus, kedutan kecil pada wajah dan sebagainya.
Bahan-bahan:
- Sebiji lobak merah
- Satu sudu minyak almond
- Lima titis minyak essential bunga jasmin
Cara-cara:
Parut lobak merah dan perah airnya. Kemudian, gaulkan dengan satu sudu minyak almond dan lima titis minyak essential bunga jasmin. Lekapkan campuran pupur yang telah sebati tadi pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Setelah itu, bersihkan wajah dengan air suam, keringkan dan sapu pelembap pada wajahmu.
Kredit foto: Google
Pupur Kentang Atasi Jerawat
Selain bermanfaat untuk pemakanan, kentang juga menyumbang dalam amalan kecantikan. Kentang kaya dengan potassium, vitamin C, vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Bahan-bahan:
● Sebiji kentang
Cara-cara:
Hiris kentang yang telah dibasuh nipis-nipis dan lekapkan pada wajah. Tekan sedikit hirisan kentang pada bahagian yang terdapat jerawat. Biarkan hirisan kentang tersebut sehingga kering pada wajah. Kemudian, bilas wajah dengan air suam dan lap dengan tuala kering yang bersih.
Kredit foto: Google
Pupur Pisang untuk Kulit dan Rambutmu
Pisang mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin A, B Kompleks dan C. Selain sebagai pupur pelembap wajah, ia juga boleh dijadikan pupur untuk rambutmu.
Bahan-bahan:
- Tiga biji pisang masak ranum
- 2 sudu minyak zaitun
Cara-cara:
Lenyekkan pisang bersama minyak zaitun dan gaulkan hingga sebati. Kemudian tempelkan pada wajah, elakkan kawasan sekitar bahagian mata. Biarkan selama beberapa minit. Setelah kering, bilas wajah, keringkan dan wap selama lima minit.
Kredit foto: Corbis