Oct 03, 2014 - 40

Kenali Mungkin Anda Obesiti?

Menurut Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mengalami obesiti pada 2011.

F-flattering.png
Menurut Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mengalami obesiti pada 2011. Malah peratusan ini semakin meningkat saban tahun sehingga Malaysia memegang rekod Negara paling gemuk di Asia Tenggara dengan kadar obesiti paling tinggi. Kegemukan atau obesity adalah salah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia secara khususnya. Berdasarkan penemuan saintifik dan kaji selidik, masalah obesiti terbukti membawa kesan buruk terhadap kesihatan sekali gus menyumbang kepada penyakit-penyakit serius seperti jantung dan diabetes.

Obe121955605.jpg
 
FAKTOR RISIKO & PENYUMBANG OBESITI:

1. Usia
Peningkatan usia menyebabkan kadar metabolisme semakin menurun. Maka peningkatan berat badan lebih ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan dalam tabiat pemakanan daripada segi jumlah, jenis dan kekerapan mengambil pemakanan.
 
2. Jantina
Tahukah anda, golongan wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk obes berbanding lelaki? Hal ini kerana wanita mempunyai kadar metabolisme yang rendah berbanding kadar metabolisme yang tinggi dalam kalangan lelaki. Malah masalah obesiti juga lebih serius terutamanya apabila wanita mencapai peringkat menopaus.
 
3. Faktor Keturunan
Hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati anak-anak daripada keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10 peratus peluang untuk obes. Malah peluang itu akan bertambah sekitar 40 peratus hingga 50 peratus jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan. Ia akan meningkat kepada 70 peratus hingga 80 peratus jika kedua-duanya menghidap obesiti. Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga. Malah menjadi kelaziman apabila seringkali kita temui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk.

Dalam hal ini menunjukkan factor genetik turut mempengaruhi dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh. Ia juga mungkin berlaku kerana ketika ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak yang besar jumlahnya dan melebihi ukuran normal secara tidak langsung akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir memiliki unsur lemak tubuh yang secara relatifnya sama besar.
 
4. Penyakit
Walaupun tidak kerap, obesiti juga boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit pada bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
 
5. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan, pil pelangsing dan lain-lain penyakit juga bolehmenyumbang kepada obesiti.
 
PENCEGAHAN OBESITI:
1. Ubah sikap dan jalani cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
2. Pengambilan makanan boleh dikawal dengan bantuan kaunseling oleh pegawai dietetik. Bagi peningkatan aktiviti fizikal atau bersenam, dapatkan konsultasi daripada pegawai pendidikan kesihatan atau pakar kecergasan.
3. Tingkatkan pengambilan kadar serat dan kurangkan lemak serta karbohidrat.
4. Amalkan aktiviti fizikal sederhana misalnya melakukan aktiviti kecergasan 60 hingga 90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.
5. Dapatkan sesi konsultasi dan berbincang dengan pakar pemakanan untuk merangka jadual pemakanan seharian anda. Ia bagi memastikan hanya pemakanan yang berkhasiat sahaja diambil.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: